24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Siti Nur Atiqah menyamar pegawai KDN, ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

WANITA yang menyamar sebagai Pengarah Kewangan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akhirnya ditahan polis, semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof menerusi kenyataan hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, wanita berusia 32 tahun dikenali sebagai Siti Nur Atiqah Binti Baba itu ditahan oleh anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

“Saya difahamkan, suspek ditahan reman selama tiga hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Advertisements

Semalam, Edisi 9 melaporkan polis menerima laporan polis daripada pegawai kanan KDN yang juga Setiausaha Bahagian berhubung penularan video oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati, wanita berkenaan didapati menyamar sebagai penjawat awam bagi tujuan menipu.

Beliau berkata, pengadu yang juga Setiausaha Bahagian KDN memaklumkan KDN tidak pernah melantik mana-mana individu untuk menjawat jawatan Pengarah Bahagian Kewangan KDN.

“Malah, siasatan juga mendapati jawatan tersebut sememangnya tidak pernah wujud, “katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan