32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PLUS jangka 1.9 juta kenderaan penuhi lebuh raya sempena Maulidur Rasul

Kami menasihatkan supaya pelanggan yang ingin menggunakan lebuh raya pada hujung minggu ini supaya membuat persediaan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMPENA cuti sambutan Maulidur Rasul, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan kira-kira 1.9 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya kendaliannya setiap hari, bermula Jumaat ini sehingga Isnin.

Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, jumlah itu merupakan lonjakan daripada 1.7 juta kenderaan sehari berbanding hari biasa sejak negara memasuki fasa peralihan endemik.

Sehubungan itu, pihaknya menggesa pelanggan merancang pergerakan bagi menghadapi kemungkinan berlaku kesesakan yang memanjangkan tempoh perjalanan.

“Kami menasihatkan supaya pelanggan yang ingin menggunakan lebuh raya pada hujung minggu ini supaya membuat persediaan.

“Pastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kesesakan akibat lonjakan trafik tersebut.

“Sebelum memasuki lebuh raya, pelanggan dinasihatkan untuk menambah nilai kad Touch n Go dan e-Wallet (bagi mereka yang menggunakan RFID) dengan baki yang mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Tambah beliau, dengan memuat turun aplikasi PLUS, pelanggan boleh merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya.

Menurutnya, sebagai alternatif, pelanggan boleh mengikuti laporan trafik menerusi Twitter @PLUSTrafik, talian PLUSLine 1800-88-0000, Chatbot PUTRI dan papan tanda elektronik (VMS) di lokasi terpilih.

“Pelanggan juga disaran menggunakan aplikasi Waze atau Google Map.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah memberi penerangan tentang prosedur operasi standard (SOP) pasca Covid-19 yang masih kekal dikuatkuasakan.

“Pelanggan lebuh raya juga dinasihatkan supaya memakai pelitup muka apabila berada di kawasan yang sesak,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan