25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pembangkang enggan PRU15, dikhuatiri ditolak pengundi

Rakyat perlu difahamkan PRU15 amat penting bagi membentuk kerajaan yang stabil untuk berdepan risiko bencana.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu muslihat sebenar pihak pembangkang enggan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan kerana sedia maklum akan ditolak majoriti pengundi.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, fakta tersebut penting diperjelaskan agar rakyat mampu membuat pertimbangan dalam menilai fitnah baharu pembangkang.

“Justeru, jentera BN perlu bingkas menjelaskan kepada rakyat iaitu lawan BN membantah PRU15 bukanlah kerana musim hujan.

“Rakyat perlu dibentangkan dengan fakta lawan BN telah menolak proses demokrasi daripada dilangsungkan sejak tahun lalu.

“Bermula alasan Covid-19 masih ada ketika imuniti kelompok telah dicapai dan segala aktiviti sosial/ekonomi kembali beroperasi.

Advertisements

“Kemudian memberi pula alasan tidak perlu diadakan PRU15 kerana pembangkang telah menjalin MoU (Memorandum Persefahaman) dengan kerajaan,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Ahmad Zahid berkata, rakyat perlu difahamkan PRU15 amat penting bagi membentuk kerajaan yang stabil dan kukuh untuk berdepan risiko bencana.

Katanya, PRU15 mustahak bagi membentuk kerajaan yang berdaya mendepani ramalan kemelesetan ekonomi global tahun depan.

“Rumusannya mudah sahaja. Lawan BN tahu fitnah dan janji-janji baharu mereka tidak dapat memperdayakan rakyat lagi,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, pembangkang berharap alasan musim hujan dapat terus ‘membeli masa’ untuk mengelak daripada berdepan penentuan rakyat.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan