25.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

Tidak bubar DUN tahun ini serlahkan PH ‘pengecut’ – Zahid

Alasan pembangkang seolah-olah memperkecilkan pengalaman dan profesionalisme institusi awam termasuk termasuk SPR

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN Pakatan Harapan (PH) untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri-negeri dikuasai gabungan parti itu menyerlahkan ketidakberanian mereka menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana gabungan parti itu belum bersedia untuk menghadapi PRU dan bimbang akan mengalami kekalahan sekiranya diadakan dalam masa terdekat.

“Mereka sanggup arah kerajaan negeri mereka agar tidak bubar DUN atas ketakutan ini. Sedangkan mereka juga bising apabila membuat pilihan berasingan sebelum ini.

“(Ini kerana) semakin ramai pengundi mereka dahulu berasa terperdaya kini kurang mahu mengundi PH. Yang jelas mereka (pengundi) yang kecewa mengundi PH pada PRU-14 dahulu tidak mahu mengundi PH termasuk bekas sekutu mereka, Bersatu,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Semalam, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan tiga negeri ditadbir gabungan itu iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tidak akan membubarkan DUN jika PRU-15 diadakan tahun ini.

Baca juga:   Lebih 6,000 PPS siap siaga hadapi banjir – Rina

Beliau berkata, fokus pentadbiran ketiga-tiga negeri itu kini adalah untuk menangani isu banjir yang akan memberi kesan kepada rakyat.

Sementara itu Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, kekalahan teruk PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Johor, dan Sarawak menunjukkan pembangkang tidak lagi diterima oleh pengundi mereka dahulu.

Katanya, perkara itu adalah kebimbangan utama PH serta musuh BN, dan bagi mengelak kekalahan mereka enggan berdepan PRU dalam tempoh terdekat.

Baca juga:   Kijang sama kijang berlaga, singa juga yang kenyang

Malah, Ahmad Zahid juga percaya protes berkenaan dijangka berlaku dalam tiga cara termasuk yang pertama mereka tidak lagi mengundi PH, sebaliknya mengundi BN.

“Yang kedua, kelompok penyokong PH dan Bersatu memprotes tidak mahu turun mengundi. Ini jelas dalam PRN Melaka, Sarawak dan Johor. Yang ketiga, ada pula kata akan membuat undi rosak bagi protes PH,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, pembangkang sebelum ini asyik menyatakan kos pilihan raya sangat besar sedangkan tindakan mereka tidak mahu membubar DUN serentak dengan Parlimen merupakan pembaziran kos dan meningkatkan perbelanjaan kerajaan.

“Kali ini pembangkang gunakan isu musim tengkujuh pula untuk alasan elak pilihan raya. Alasan ini basi dan menyerlahkan lagi ketidakberanian pembangkang berdepan BN.

“Alasan pembangkang ini seolah-olah pembangkang tidak yakin dan memperkecilkan pengalaman dan profesionalisme institusi awam termasuk agensi kesihatan, keselamatan dan agensi bencana.

“Alasan ini juga seolah-olah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ada pengalaman dalam menguruskan proses pilihan raya dilaksanakan sebelum ini.

Baca juga:   PH putar belit ucapan Zahid Hamidi, niat timbul kebencian

“Sedangkan SPR dan agensi pengurusan bencana misalnya adalah agensi profesional yang mempunyai prestasi dan pengurusan pilihanraya yang sangat efisien tanpa mengira musim dan bulan,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Tiga maut dalam nahas kereta bertembung van

TIGA rakan yang bekerja sebagai tukang gunting rambut maut selepas Proton Wira dinaiki hilang kawalan lalu bertembung sebuah van...

Lagi Artikel Berkaitan