28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

PRU15 : PN tetap laksana senarai dalam Bajet 2023 – Muhyiddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) menyatakan akan tetap melaksanakan senarai Bajet 2023 yang telah dibentangkan, jika parti itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Ia termasuklah meneruskan pemberian Elaun Khas atau Bantuan Khas sebanyak RM2,500 kepada penjawat awam seperti diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana PN adalah sebahagian daripada kerajaan ketika itu, dan parti itu menerima perkara berkenaan.

“Ada orang bertanya kepada saya, Tan Sri bila PN esok adakah PN akan laksanakan Bajet 2023. Saya jawab, ya.

“Kita akan melaksanakan apa yang telah pun tersenarai dalam Bajet 2023 yang telah dibentangkan tapi belum diluluskan.

“Saya nak sebut disini “Don’t worry”, kita akan laksana dan tunaikan, malahan kalau kita dapati tidak sempurna dalam belanjawan tersebut dan kita ada lagi dana, kita akan perbaiki bajet yang akan dibentangkan itu.

“Kalau itu dianggap adalah terbaik dapat disediakan dalam tempoh keadaan sekarang, kita dalam PN macam waktu kita hadapi masalah pandemik Covid-19, kita tidak ada manifesto, tetapi tambah manifesto dan buat yang terbaik untuk negara,” katanya ketika berucap pada majlis Jelajah Prihatin Nasional di Putrajaya, malam tadi.

Turut hadir, Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari.

Dalam pada itu, sebagai parti yang prihatin, Muhyiddin berkata, beliau sedang memperhalusi bagi membentuk pemberian insuran mampu milik kepada rakyat yang mungkin akan diletakkan dalam manifesto PN.

“Selain soal pendidikan, infrastruktur, alam sekitar. Itu antara perkara yang akan kita berikan perhatian.

“Macam kesihatan, ramai rakyat jatuh miskin mungkin tidak mampu bayar, jadi saya sedang memikir, membentuk insuran yang mampu dimiliki, dapat memberikan rawatan terbaik.

“Nak tak begitu. Ini antara yang akan perhalusi macam mana nak laksanakan nanti.

“Pada masa sama, saya juga ingin meminta Dr Radzi Jidin selaku Pengerusi Manifesto PN tambah sikit lagi dengan menyenaraikan bentuk jawatankuasa pakar yang boleh mengaudit setiap tahun.

“Boleh tak mana-mana kerajaan buat macam itu dan itulah komitmen kita, kalau kita kata bina rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun, kita nak pastikan janji itu dilaksanakan,”katanya.- Edisi 9  

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan