25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Pemuda BN cadang tubuh Suruhanjaya Pendidikan Nasional

Fungsi suruhanjaya tersebut bagi menetapkan silibus dan memastikan laluan pendidikan di negara lebih tepat.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMUDA Barisan Nasional (BN) mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Pendidikan Nasional bagi mengatasi masalah yang berlaku dalam sektor pendidikan dengan bidang kuasanya ditentukan melalui satu akta khusus.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ahli-ahli suruhanjaya itu hendaklah terdiri daripada kalangan ahli akademik, guru pakar, wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), wakil ibu bapa serta pakar pendidikan lainnya.

Beliau berkata, fungsi suruhanjaya tersebut bagi menetapkan silibus dan memastikan laluan pendidikan di negara lebih tepat.

“Menteri atau timbalannya tidak boleh campur tangan sepertimana sebelum ini. Sehingga menggadaikan kedudukan anak bangsa untuk kepentingan politik.

“Bagi BN, perkara paling utama adalah dengan meletakkan semula pendidikan anak-anak ini kepada ahlinya. Jangan sesekali memperjudikan pendidikan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Asyraf Wajdi berkata, kualiti pendidikan negara merupakan faktor paling utama yang diberikan perhatian oleh rakyat selain ekonomi.

Beliau berkata, terdapat empat isu yang sering dibincangkan iaitu masalah kekurangan guru, kesesakan kelas, silibus atau sistem yang sering bertukar mengikut menteri serta masalah beg berat.

“Masalah kekurangan guru ini mula muncul sejak 2013 apabila Kementerian Pendidikan ketika itu mahu merombak institut pendidikan guru (IPG).

“Boleh rujuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 muka surat e16. Menteri Pendidikan pada ketika itu adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

Katanya, ia adalah antara kesilapan ketika yang berlaku itu ketika itu termasuk kontrak-kontrak yang dilihat berat sebelah terutama 1BestariNet yang didapati gagal akibat kecuaian dan kelemahan tadbir urus.

“Insya-Allah, BN selepas menjadi kerajaan semula kelak akan menilai pelan ini bagi memastikan IPG diperkasa dan ditambah. Bukannya dirombak atau cuba ditutup ketika zaman Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Katanya, isu kesesakan kelas pula, sebenarnya berkadar langsung dengan jumlah sekolah baharu dan menaik taraf sekolah sedia ada.

“Kerajaan BN pada awal 2018 telah mengesan masalah ini dan telah merancang pembinaan 30 buah sekolah baharu pada tahun tersebut.

“Namun selepas kejatuhan BN, jumlah purata pembinaan sekolah baru hanyalah antara lapan hingga 10 buah setiap tahun.

“Lebih buruk adalah pada zaman PH bila mana kerajaan Pusat ketika itu mensyaratkan kerajaan Sarawak untuk membayar hutang negeri terlebih dahulu sebelum dana membaiki sekolah daif disalurkan ke negeri berkenaan,” jelas beliau.

Asyraf Wajdi juga berkata, amat jelik apabila pendidikan anak bangsa cuba dipolitikkan dan lebih malang, bekas menteri yang sama berlagak bagai wira apabila timbul isu berkaitan pendidikan.

Sementara, beliau berkata, isu silibus yang mudah bertukar apabila menteri silih berganti juga adalah sesuatu yang menjengkelkan.

“Kita jangan lupa apabila usaha-usaha menormalisasikan ‘jasa komunis’ ketika kemerdekaan dimasukkan ke dalam buku teks beberapa tahun lepas.

“Ini merosakkan akar bangsa dan jatidiri anak-anak. Menanam jarum halus yang mengelirukan bagi memenuhi ideologi politik sesetengah pihak,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Kolam selam tempur siap Jun, kalau tidak JKR jawab – MB

KOLAM selam tempur di Kem Iskandar, Mersing dijangka siap pada Jun ini, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz...

Lagi Artikel Berkaitan