25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Debat calon PM… Apa faedah yang rakyat dapat?

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

KALAU tanya aku, perlukah calon-calon Perdana Menteri (PM) berdebat? Jawapan aku tak perlu! Sebabnya bagi aku ini hanya buang masa, tenaga dan tidak membawa faedah langsung kepada rakyat.

Ia boleh memberi political milage kepada calon-calon PM yang hebat berdebat, tetapi apa yang diperdebatkan langsung tak beri makna apa-apa dalam PRU-15 ini.

Sebabnya, pilihan raya di Malaysia ini bukannya kita nak memilih Perdana Menteri, tetapi memilih parti yang akan mentadbir negara.

Mana-mana parti yang memperoleh majoriti merekalah yang mentadbir, dan PM dipilih dalam kalangan pemimpin parti berkenaan, biasanya Presidenlah!

Manakala PM yang dipilih oleh kalangan parti yang menang pula perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Kalau dipilih oleh parti tetapi Agong tak perkenan, tak jadi juga.

Macam yang berlaku di Perlis suatu ketika dahulu atau di Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) awal tahun ini.

Dalam PRU-15 kali ini Anwar Ibrahim buat sekian kalinya dinamakan sebagai calon PM oleh PH. Ini kalilah peluang keemasan bagi Anwar untuk menjawat jawatan idaman sejak dulu.

Debat berikaitan Sapura antara Anwar Ibrahim dan Najib Razak tidak menyelesaikan isu.

Maklum dalam PRU14 lalu Anwar masih merengkok di penjara kerana salah laku moral, kemudian diberi pengampunan oleh Agong selepas PH menang PRU14 dan jadi kerajaan.

Barisan Nasional (BN) pula menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai ‘poster boy’ parti itu. Pun begitu, sudah tentu jika BN menang, bukan hanya nama ayah Dafi itu akan dibawa menghadap Agong.

Muhyiddin Yassin juga ghairah untuk menjadi PM sekali lagi jika Perikatan Nasional (PN) menang PRU15. Begitu juga Mahathir, mahu mencipta sejarah sekali lagi untuk menjadi PM buat kali ketiga.

Lalu jika mahu diadakan debat, siapa yang nak mulakan? Atau mungkin debat empat penjuru? Kelakar…

Debat hanya sesuai jika pilihan raya bagi memilih PM, macam pemilihan Presiden AS. Calon-calon Presiden berdebat bagi membolehkan mereka membentangkan tawaran kepada rakyat sekiranya mereka dipilih.

Namun dalam PRU di negara ini, debat antara calon PM tidak guna sebab tawaran-tawaran untuk rakyat datang daripada parti atau dipanggil manifesto. Siapapun PM akan melaksanakan manifesto yang ditawarkan.

Kalau berdebat sampai kering gusi tapi akhirnya orang lain yang dipilih sebagai PM, kan tak guna? Begitu juga tawaran-tawaran yang diberikan (jika ada) hanya sekadar retorik sahaja bukan betul-betul laksanakan pun.

Manifesto yang digarap begitu rupa oleh parti dan dibentang kepada pengundi pun belum tentu dilaksanakan, apatah lagi sekadar ‘janji dimulut’ ketika berdebat. Tidak… tidak… hanya buang masa.

Lebih baik mereka yang begitu beriya nak jadi PM rajin-rajin turun padang, tengok apa masalah rakyat dan apa yang boleh mereka bantu kalau dah jadi PM.

Tak adalah, dah dapat duduk kerusi empuk kat Putrajaya tu, kawasan yang bertanding pun tak dijenguk.

Bila pengundi dan marah sebab tak nampak batang hidung sejak menang, pilihan raya akan datang mula cari tempat baharu, tempat selamat.

Rakyat juga tidak memerlukan PM yang hebat berpidato, tetapi yang penting bijak menyelesaikan isu.

Tak gitu?

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan