30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

JPJ tidak akan kompromi kenderaan diubah suai untuk kempen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan berkompromi dengan mana-mana parti politik sekiranya didapati mengubah suai kenderaan bagi tujuan berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Amaran itu dinyatakan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim yang berkata, sebarang pengubahsuaian pada kenderaan tanpa mengikut kepada spesifikasi selain ditetapkan Agensi Perkhidmatan Awam Darat (APAD) untuk kenderaan komersial akan diambil tindakan.

“Tidak ada ‘lesen besar’ untuk mana-mana parti membuat ubah suai kepada kenderaan mereka pada musim PRU ini.

“Mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) iaitu salah guna permit dan melakukan modifikasi kenderaan,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat tinjauan Op Advokasi Keselamatan Jalan Raya Bersepadu di Plaza Tol Sungai Besi, malam semalam.

Dalam pada itu, JPJ turut menjangkakan peningkatan aliran trafik menjelang hari pengundian pada 19 November depan dan menyeru pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.

Jelas Zailani, pihaknya tidak mahu timbul sebarang isu apabila ada penguatkuasaan yang menggangu gugat kelancaran lalu lintas sempena PRU kali ini.

“Sehubungan dengan itu, JPJ akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan kelancaran aliran trafik sepanjang tempoh berkenaan.

Sementara itu, menurut Zailani, sebanyak 402,626 kemalangan jalan raya dengan 4,379 kematian direkodkan bagi tempoh Januari hingga bulan lepas, September lalu.

Jumlah itu meningkat sebanyak 147,094 kes berbanding 255,532 kemalangan jalan raya dengan 3,324 kematian direkodkan bagi tempoh sama pada tahun lalu. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan