31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 7, 2023

Pasukan Haq wakili Malaysia ke Kejohanan Dunia MLBB (M4)

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PASUKAN Haq berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia awal tahun depan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, penglibatan pasukan bermula dari peringkat awal (qualifier) di pentas MPLMY Season 10 dan kini pertama kali pasukan “Team Haq” membawa nama ke pentas antarabangsa dah bakal mengharumkan nama Malaysia.

Jatuh ke lower bracket tidak menjadi penghalang untuk Team Haq meneruskan misi apabila bangkit menewaskan pasukan Orange esports dengan skor 3-1 dalam perlawanan berlangsung semalam di Quill City Mall.

Kejohanan Dunia M4 ialah kejohanan e-sukan antarabangsa tahunan untuk game Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). 

Kejohanan berkenaan menghimpunkan pasukan dari seluruh dunia.

Kesemua pasukan yang bertanding akan berhadapan antara satu sama lain untuk memenangi gelaran Juara Dunia.

Baca juga:   Malaysia perlu bersedia berdepan kemasukan pengembara China

Dianggarkan sebanyak 16 pasukan akan bertanding di kejohanan dunia ini.

Kejohanan ini menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak $800,000 USD.

M4 akan bermula pada 1-15 Januari 2023 dan akan diadakan di Jakarta. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

13 kontena di Northport Pelabuhan Klang musnah

SEBANYAK 13 buah kontena yang mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran dekat Northport, Jalan Pelabuhan Utara...

Lagi Artikel Berkaitan