31.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

41 orang terkorban dalam letupan lombong arang batu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 41 orang disahkan maut selepas berlaku letupan di lombong arang batu di utara Turkiye.

Penemuan mayat terakhir yang hilang menamatkan operasi menyelamat, lebih 20 jam selepas letupan berlaku pada hari Jumaat.

Terdahulu menteri dalam negeri berkata, seramai 58 orang bekerja di lombong tersebut semasa letupan berlaku telah diselamatkan atau keluar sendiri.

Suleyman Soylu berkata, 10 orang masih berada di hospital dan seorang telah dibenarkan keluar.

Kira-kira 110 orang berada di dalam lombong itu ketika letupan berlaku dengan hampir separuh daripada mereka berada pada kedalaman lebih 300 meter (984 kaki).

Anggota-anggota penyelamat bekerja sepanjang malam, menggali batu untuk cuba mengeluarkan mangsa-mangsa yang terperangkap.

Rakaman video menunjukkan pelombong muncul dalam keadaan hitam dan bermata sayu diiringi oleh anggota penyelamat.

Presiden Recep Tayyip Erdogan telah melawat tapak di wilayah Bartin, bersama menteri lain dan mengesahkan mangsa terakhir yang hilang telah ditemui mati.

Baca juga:   Disangka babi hutan, pemburu tertembak rakan sendiri

Kejadian ini merupakan tragedi yang tragis selepas kematian 301 pelombong pada tahun 2014 di bandar Soma.

Pihak berkuasa berkata, pendakwa raya Turkiye telah melancarkan siasatan ke atas punca letupan itu.

Tetapi petunjuk awal mendapati kejadian itu berlaku disebabkan metana yang membentuk campuran bahan letupan di lombong arang batu.

Ia dipercayai berlaku pada kedalaman sekitar 300 meter dan pada masa itu, kira-kira 49 orang telah bekerja di zon “berisiko” antara 300 dan 350 meter di bawah tanah, menurut Soylu.

Baca juga:   Jumlah kes harian terus melonjak, atasi kes sembuh

Menteri Tenaga Fatih Donmez berkata, terdapat sebahagian runtuh di dalam lombong, tetapi tiada kebakaran berterusan dan pengudaraan berfungsi dengan baik.

Datuk Bandar Amasra, Recai Cakir berkata, ramai daripada mereka yang terselamat mengalami kecederaan serius.

Lombong itu kepunyaan Turkish Hard Coal Enterprises milik kerajaan. – Agensi

Wartawan

Terkini

Muhyiddin belanja wang KWSP untuk rakyat – Anwar

PERBELANJAAN kerajaan Perikatan Nasional (PN) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk rakyat sebahagian besarnya diambil daripada Kumpulan Wang Simpanan...

Lagi Artikel Berkaitan