24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pelayar Facebook puji Radzi mahu jumpa Cikgu Mohd Fadli

Tinjauan menerusi maklum balas daripada pelayar mendapati rata-ratanya mengharapkan satu penyelesaian dapat dibuat berhubung isu yang dibangkitkan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEPRIHATINAN Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mahu berjumpa dengan guru yang mendakwa berdepan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan masalah silibus aras tinggi bagi subjek matematik dan isu beg berat murid mendapat maklum balas positif daripada para pelayar Facebook.

Beliau menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi memaklumkan ingin mengetahui lebih lanjut perkara dibangkitkan guru berkenaan Mohd Fadli Mohamed Salleh.

“Saya tertarik untuk tahu lebih lanjut perkara yang dibangkitkan Cikgu Mohd Fadli Salleh. Kalau cikgu ada kelapangan masa, boleh kita berjumpa,” katanya ringkas.

Sementara itu, tinjauan menerusi maklum balas daripada pelayar mendapati rata-ratanya mengharapkan satu penyelesaian dapat dibuat berhubung isu yang dibangkitkan.

Amalina Nudin berkata, terima kasih tuan, yang ingin ambil cakna.

“Kami perlu kepimpinan yang mendengar dan mencari solusi, bukan menutup mulut dan telinga wakil pada anak-anak kami,” katanya.

Bagi Nadya Didy, demi anak-anak bangsa, tolong selami apa yang diperjuangkan oleh cikgu Mohd Fadli.

Advertisements

Mimi Azura Aziz pula, ambil pendekatan yanh paling terbaik dan tidak salah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat kajiam semula untuk penambahbaikan sistem pendidilam negara.

“Kita buat dasar untuk melahirkan generasi yang lebih pandai, tapi seharusnya memberi juga penekanan di sudut penerimaan anak-anak, ” katanya.

Terdahulu, Mohd Fadli mendakwa akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana alasan menyuarakan isu kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) membabitkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.

Mohd Fadli menerusi Facebooknya berkata, tindakan itu tidak sepatutnya berlaku kerana beliau tidak pernah terbabit dalam sebarang masalah disiplin atau menghadapi masalah dengan ibu bapa murid.

Beliau yang juga guru Matematik di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak turut berkongsi gambar surat bertarikh 22 September lalu yang menyatakan, beliau boleh dikenakan tindakan tatatertib buang kerja atau turun pangkat kerana berdepan tiga pertuduhan.

Pertuduhan itu ialah kerana memuat naik hantaran di platform media sosial Facebook mengenai jadual waktu serta mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan