29.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Onn Hafiz dilantik Pengarah Operasi BN Johor

Ahmad Zahid telah berjumpa dengan Adun Adun BN Johor minggu lepas untuk terus merangka strategi yang terbaik untuk kemenangan di Johor.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dilantik sebagai Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN) Johor bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Beliau yang juga cicit kepada Pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar meluahkan kesyukuran atas perlantikan tersebut.

“Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih atas kepercayaan YB Presiden (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) yang telah melantik saya sebagai Pengarah Operasi BN Johor bagi PRU ini.

“Insya Allah saya akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu Datuk Seri Hasni Mohammad, Pengerusi dan Pengarah PRU BN Johor. Semoga kemenangan berada di pihak kita,” katanya dalam Facebook hari ini.

Malah beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap menyatakan Ahmad Zahid telah berjumpa dengan Adun Adun BN Johor minggu lepas untuk terus merangka strategi yang terbaik untuk kemenangan di Johor.

“InsyaAllah, UMNO dan BN akan sentiasa bersedia dan fokus untuk berkhidmat untuk rakyat,” kongsinya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Pengumuman khas itu disiarkan secara langsung menerusi beberapa televisyen tempatan pada 3 petang hari ini, selepas memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Susulan pembubaran Parlimen itu, SPR perlu menetapkan tarikh pilihan raya diadakan.

Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, daripada tarikh pembubaran Parlimen.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan