26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Rombakan Exco Johor: Norlizah gugur, Aznan dilantik

Mesti Baca

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Norlizah Noh digugurkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi dalam rombakan Exco Kerajaan Negeri hari ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika mengumumkan penstrukturan semula Ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) berkata, tempat Norlizah kini digalas oleh ADUN Tanjung Surat, Aznan Tamin.

Menurut beliau, pelantikan dan penstukturan semula portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor itu telah diperkenan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Patik juga menjunjung kasih kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas perkenan pelantikan dan penstrukturan semula portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor serta berangkat ke Istiadat Pelantikan Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor yang baru, hari ini.

“Tahniah kepada Aznan yang telah mengangkat sumpah memegang jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor di hadapan Tunku Ismail, sebentar tadi. Semoga apa yang dititahkan kepada beliau (Aznan) dapat dilaksana dan digalas dengan baik.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada mantan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah atas segala khidmat dan bakti yang telah dicurahkan kepada negeri dan Bangsa Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

NORLIZAH NOH… Gugur

Menurut Onn Hafiz, selain pengguguran Norlizah, portfolio yang dipegang beliau ditambah dengan portfolio Pelancongan.

Ini menjadikan tugasan portfolio Menteri Besar merangkumi Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan, Pembangunan Ekonomi dan Pelancongan negeri Johor.

Advertisements

“Saya percaya dan yakin pelantikan dan penstrukturan semula portfolio barisan Exco ini mampu memacu negeri Johor ke arah yang lebih baik dan semuanya berupaya menggalas tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh amanah, dedikasi dan integriti.

“Saya sedar dan insaf, sepanjang tempoh hampir dua tahun perkhidmatan ini, masih banyak yang perlu dilakukan.

“Insya-Allah, saya bersama barisan Exco ini akan berusaha sehabis baik untuk memacu negeri Johor ke satu tahap yang lebih baik demi kesejahteraan rakyat Johor.

“Semoga Allah SWT sentiasa memberikan kita taufik dan hidayah, kekuatan dan pedoman dalam menempuhi apa jua cabaran yang mendatang,” katanya.

Dalam penstrukturan semula itu menyaksikan empat Exco kekal menjawat portfolio masing-masing sebelum ini, manakala lima lagi berubah portfolio.

Exco yang kekal ialah ADUN Buloh Kasap, Datuk Zahari Sarip (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor); ADUN Bukit Permai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor (Perumahan dan Kerajaan Tempatan); ADUN Semerah, Mohd Fared Mohd Khalid (Hal Ehwal Agama Islam) dan ADUN Serom, Khairin-Nisa Ismail (Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat).

Manakala lima Exco berubah portfolio iaitu ADUN Tenggaroh, K. Raven Kumar (Perpaduan, Warisan dan Budaya); ADUN Larkin, Mohd Hairi Md Shah (Belia & Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dan ADUN Yong Peng, Ling Tian Soon (Kesihatan & Alam Sekitar).

Turut berubah ADUN Paloh, Lee Ting Han (Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia) dan ADUN Bukit Pasir, Mohamad Fazli Mohamad Salleh (Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur & Komunikasi). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan