31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

KEB perlu jadi penggerak pendekatan baharu agenda Bumiputera

Mesti Baca

KONGRES Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang akan diadakan pada 29 Februari hingga 3 Mac ini perlu dijadikan penggerak perspektif dan pendekatan baharu kerangka agenda Bumiputera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kongres tersebut perlu melangkaui sudut pandang sempit kononnya agenda ini hanya untuk kepentingan Bumiputera semata-mata.

Justeru, menurut beliau, pertumbuhan baharu Bumiputera perlu dikenal pasti selain daripada pengumpulan data yang bersistematik.

“Kerajaan Madani bertekad untuk memperkukuhkan agenda Bumiputera yang akan memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat dan bukan hanya kumpulan tertentu sahaja,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) di Putrajaya hari ini.

Selesai mesyuarat Perdana Menteri turut melaksanakan pra-peluncuran KEB 2024 yang bakal dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera di Putrajaya hari ini.

Anwar berkata, dalam mesyuarat tersebur MEB telah meneliti kertas cadangan hala tuju agenda Bumiputera yang turut mengambil kira input-input yang diperolehi daripada sesi libat urus yang telah diadakan.

Advertisements

Sementara itu Ahmad Zahid berkata, KEB 2024 diadakan pada 29 Februari hingga 2 Mac 2024 di PICC Putrajaya.

Beliau berkata, bertemakan “Positif, Progresif, Inovatif”, KEB 2024 akan menjadi platform bagi menetapkan hala tuju serta pendekatan baharu agenda pemerkasaan Bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif.

Di samping itu KEB 2024 juga akan mencadangkan pendekatan yang lebih menyeluruh dalam membuat penilaian mengenai pembangunan Bumiputera.

“Ketika ini terdapat 10 kumpulan utama yang giat menjalankan sesi libat urus yang diketuai oleh tokoh-tokoh utama berdasarkan kepakaran masing-masing bagi memperhalusi pelbagai aspek berkaitan Bumiputera.

“Kemudian, kesemua dapatan daripada kongres selama tiga hari nanti akan dirangkumkan menjadi satu resolusi dalam menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu agenda Bumiputera,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa san Wilayah turut menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai pertandingan menulis esei sempena KEB 2024.

Beliau berkata, pertandingan tersebut diadakan bermula hari ini bagi memberikan ruang untuk orang awam mengemukakan pandangan mengenai KEB 2024. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan