24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PH jumpa ‘dalil’ baharu salahkan BN – Ahmad Zahid

Alasan risiko 'banjir besar' juga sudah tidak lagi relevan sekiranya SPR menetapkan PRU-15 berlangsung sebelum pertengahan November depan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenalpasti ‘dalil’ baharu Pakatan Harapan (PH) bertujuan mencipta persepsi jahat terhadap Barisan Nasional (BN) yang jelasnya terpesong jauh daripada kebenaran mengenai tujuan sesebuah pilihan raya.

Ahmad Zahid berkata, naratif yang sedang dipropagandakan oleh musuh ketika ini ialah BN tamak kuasa apabila meminta Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

“Pertamanya, sesebuah pilihan raya termasuk PRU-15 bermaksud menyerahkan kembali hak dan mandat kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan baharu.

“Pilihan raya umum, kecil mahupun negeri adalah sebuah proses demokrasi melalui peti undi yang boleh disertai mana-mana parti politik atau individu yang layak.

“PRU-15 bukan ‘upacara’ menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada BN tanpa ada pertandingan, sebaliknya sebuah proses undian rakyat yang menentukan,” katanya dalam Facebook hari ini.

Justeru Ahmad Zahid mempersoalkan dimanakah yang dikatakan BN tamak kuasa sedangkan yang berlaku pada PRU-15 adalah rakyat diberi mandat dan kuasa sepenuhnya untuk menentukan masa depan negara.

Malah menurutnya, gabungan politik tamak kuasa adalah sesuai untuk yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dikuasai mereka agar terus kekal mempertahankan kuasa.

Advertisements

“Enggan menyerahkan kembali hak dan mandat rakyat untuk memilih sebuah kerajaan baharu kerana bimbang tidak dapat kekal sebagai kerajaan.

“Sanggup menyebabkan pembaziran untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) secara berasingan gara-gara khuatir akan kehilangan kuasa.

“BN jika tamak kuasa seperti mereka boleh tidak membenarkan negeri yang ditadbirnya tidak membubarkan DUN, namun bukan itu tujuan politik BN,” katanya.

Malah menurut beliau, alasan risiko ‘banjir besar’ juga sudah tidak lagi relevan sekiranya SPR menetapkan PRU-15 berlangsung sebelum pertengahan November depan.

“Rakyat perlu menolak gabungan tamak kuasa terbabit yang jelas tidak peduli masa depan rakyat dan negara kecuali kepentingan politik mereka,” tegasnya.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dilaporkan berkata, PH sudah menyatakan pendirian jelas tidak akan membubarkan tiga buah DUN iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan buat masa ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan