29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 13, 2025

Budak dua tahun maut kereta dipandu bapa langgar lori

Nahas membabitkan sebuah kereta Perodua Kelisa dinaiki dua beranak yang melanggar belakang lori tiga tan berhampiran lampu isyarat.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak maut selepas kereta dipandu bapanya melanggar belakang lori di Jalan Besar Rancangan Tanah Belia (RTB), Bukit Changgang menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Banting berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.58 pagi dan tiba di tempat kejadian pada pukul 11.16 pagi bersama lima anggota dan pegawai.

Menurutnya, nahas membabitkan sebuah kereta Perodua Kelisa dinaiki dua beranak yang melanggar belakang lori tiga tan berhampiran lampu isyarat.

Advertisements

“Susulan rempuhan itu, pemandu kereta tersepit di tempat duduk manakala anak lelakinya yang berusia dua tahun tercampak ke belakang.

“Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya seperti dilapor BH Online, hari ini.

Ujarnya lagi, bapa mangsa yang cedera parah dikeluarkan dengan bantuan bomba dan dihantar ke Hospital Banting bagi rawatan lanjut.

Advertisements

Terkini

Raih dua anugerah: Denco yakin teroka pasaran antarabangsa

KUMPULAN Denco, pengeluar komponen automotif tempatan merancang untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi mengukuhkan lagi kedudukannnya di rantau ini. Keyakinan itu...

Lagi Artikel Berkaitan