23.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Tiada layanan istimewa untuk Najib di penjara

Tindakan tegas diambil terhadap kakitangan Jabatan Penjara Malaysia sekiranya memberi layanan istimewa kepada banduan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIADA layanan istimewa diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Penjara Kajang.

Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Muhamad berkata, pihaknya perlu mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) ketika menguruskan semua banduan.

“Kita memberi layanan sama, kita juga tidak pilih kasih ketika memberi layanan kepada semua banduan di penjara ini.

“Beliau (Najib) sedang menjalani hukuman di penjara, maka beliau tertakluk dengan peraturan dan Akta Penjara 1995,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada dalam sidang media selepas majlis pelancaran Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2022 (Akta A1660) di Ibu Pejabat Penjara Malaysia di Kajang, hari ini.

Advertisements

Nordin berkata, pihaknya juga akan mengambil tindakan tegas jika mendapati ada kakitangan Jabatan Penjara Malaysia memberi layanan istimewa kepada banduan.

“Kita perlu menghormati kedaulatan undang-undang, pegawai penjara tiada ‘kuasa’ memberi layanan istimewa, kita hanya menguatkuasakan undang-undang terhadap banduan,” katanya.

Pada 23 Ogos lalu, media melaporkan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan