28.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Cadangan Najib-Muhyiddin bergabung semula syok sendiri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan cadangan supaya Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bergabung semula sebagai syok sendiri.

Ini kerana, menurut beliau, Najib pernah menyokong Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu sebagai Perdana Menteri Kelapan tetapi akhirnya Ahli Parlimen Pagoh itu menikam dari belakang.

“Ada cadangan Najib dan Muhyiddin bergabung. Kononnya Malaysia tambah hebat. Tanyalah Muhyiddin. Mahukah dia?

“Individu yang mencadangkan itu buta sejarah. Najib pernah sokong Muhyiddin jadi PM kelapan.  Dia tikam belakang. Dia mahu bunuh UMNO macam di PRN (Pilihan Raya Negeri) Sabah.

“Muhyiddin tolak sertai Kerajaan Perpaduan. Dia mahu tebuk atap. Maka macam mana mahu wujud Malaysia lebih hebat?,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Mohd Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkata, UMNO dan Bersatu tidak boleh bersama kerana kedua-dua parti tersebut berebut audien dan segmen yang sama.

Advertisements

“Bersatu boleh hidup kalau UMNO mati. Lagi praktikal bekerjasama dengan PKR.

“Gabungan itu cadangan itu Syed Imran. Dia dakwa akan kumpul 30,000 orang sokong Najib. 10 orang pun tak sampai. Kaki syok sendiri. Tak payah layanlah,” sindir Mohd Puad.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz yang berpandangan, Malaysia akan lebih hebat jika dua bekas pemimpin nombor satu negara itu, bersatu ketika rakyat sedang berdepan masalah ekonomi dan kos sara hidup.

Beliau menyuarakan perkara itu selepas Muhyiddin, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mendoakan kesembuhan Najib yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat Covid-19, baru-baru ini.

Jumaat lalu, Muhyiddin buat pertama kali secara terbuka bertanya khabar dan mendoakan kesihatan Najib, yang kini disahkan positif COVID-19.

Sebelum ini penyokong Najib atau dikenali sebagai ‘Bossku’ meletakkan harapan agar bekas Perdana Menteri itu dan Muhyiddin membuka lembaran baharu dan bergerak bersama demi negara serta rakyat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

1,091 projek naik taraf sekolah daif telah diluluskan – KPM

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara...

Lagi Artikel Berkaitan