33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Lelaki dipenjara 6 bulan gopoh tunggang motosikal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kajang hari ini kerana menunggang motosikal dengan gopoh dan menyebabkan kecederaan ke atas seorang warga emas, minggu lepas.

Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz menjatuhkan hukuman itu terhadap Irwan Syah Rizal, 35, selepas tertuduh mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

Beliau memerintahkan hukuman bagi dua kesalahan itu berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tangkap pada 3 Sept lepas.

Bagi kesalahan menunggang motosikal dengan gopoh, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua bulan manakala bagi kesalahan mencederakan, dia dijatuhi hukuman empat bulan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Irwan Syah didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Low Khoon Hwa, 71, di Jalan Cheras Perdana, Hulu Langat, dekat sini pada 11.25 pagi, 1 Sept lalu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Advertisements

Tertuduh turut didakwa menunggang motosikal dengan gopoh sehingga membahayakan nyawa mangsa pada tempat, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nurshuhada Imraanuar yang mewakili tertuduh memohon anak guamnya dijatuhkan hukuman penjara secara serentak bagi kedua-dua kesalahan itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran buat tertuduh dan masyarakat umum.

Minggu lalu, tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki yang menunggang motosikal dengan tidak berbaju dan memukul seorang penunggang motosikal warga emas selepas kenderaan mereka bertembung di sebuah simpang empat. -BERNAMA

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan