31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Dua gol lewat berikan Harimau Muda tiga mata berharga

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKUAD Harimau Muda menjaring dua gol lewat bagi menundukkan pasukan ‘degil’, Bangladesh 2-0 dalam aksi Kumpulan H, kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) di Stadium Chonburi, Thailand, petang tadi.

Pasukan bimbingan E. Elavarasan itu menguasai perlawanan namun gagal menembusi kekebalan pertahanan Bangladesh.

Usaha mencari gol sulung hampir berhasil pada minit ke-42 apabila penjaring terbanyak kejohanan Piala AFF 2023, Alif Ikmalrizal Anuar menggegar gawang lawan namun ia dibatalkan kerana dikesan berada dalam kedudukan ofsaid.

Menyedari hanya juara dan empat naib juara terbaik kumpulan sahaja yang akan mara ke Piala Asia B-23, skuad muda negara terus menggandakan asakan pada babak kedua.

Advertisements

Pemain tengah Selangor FC, Mukhairi Ajmal hampir meletakkan Harimau Muda di depan pada minit ke-54 tetapi percubaannya hanya sedikit melewati palang.

Gol yang dinanti-nanti akhirnya tiba pada minit ke-82, apabila Alif Izwan Yuslan melepas satu rembatan lencong padu menerjah gawang Bangladesh untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Pemain gantian, Fergus Tierney menggandakan jaringan pada waktu kecederaan apabila bijak melepasi kawalan pertahanan Bangladesh dan kemudiannya melepas rembatan dari dalam kawasan penalti untuk memastikan tiga mata penuh milik Malaysia.

Skuad negara bakal berdepan Filipina Sabtu ini sebelum melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan menentang Thailand pada 12 September ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tebang satu pokok, tanam semula 100 pokok – Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar menanam 100 pokok baharu bagi setiap...

Lagi Artikel Berkaitan