31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Hospital Cyberjaya tidak akan diswastakan

Hospital Cyberjaya akan menawarkan 14 bidang kepakaran.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersetuju agar Hospital Cyberjaya beroperasi sepenuhnya sebagai hospital awam di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan tidak diswastakan.

Pengesahan itu dibuat Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Oktober lalu.

“Hospital Cyberjaya akan menawarkan 14 bidang kepakaran. Di peringkat awal fasa pengoperasian bermula 11 November depan, Hospital Cyberjaya akan melaksanakan enam perkhidmatan kepakaran.

Hospital Cyberjaya bakal menawarkan sebanyak 14 bidang kepakaran dan perkhidmatan kesihatan.

“Ia terdiri Jabatan Kecemasan, Jabatan Perubatan, Jabatan Pembedahan dan Jabatan Anesthesiologi, Jabatan Pediatrik dan Jabatan Obstetrik & Ginekologi,” katanya.

Dalam pada sama, beliau turut mengumumkan satu bangunan dalam kawasan Hospital Cyberjaya akan beroperasi sebagai Klinik Kesihatan Cyberjaya.

Katanya, sukacita juga dimaklumkan, satu bangunan dalam kawasan Hospital Cyberjaya akan beroperasi sebagai Klinik Kesihatan Cyberjaya bagi rawatan pesakit luar dan akan memulakan operasi pada 1 November depan.

Advertisements

“Klinik Kesihatan Cyberjaya ini dibuka bagi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan di daerah Sepang dan kawasan sekitar termasuklah untuk mengurangkan kesesakan di Klinik Kesihatan Dengkil,” katanya.

Sebelum ini, Edisi 9 melaporkan UMNO Cawangan Bandar Cyberjaya membantah cadangan kerajaan menyerahkan Hospital Cyberjaya yang kini siap dibina menggunakan dana awam, kepada pihak swasta.

Timbalan Ketua Cawangannya, Dr Aziemah Maryam Abdu Manaf berkata, ini kerana ia satu-satunya hospital kerajaan yang ada di daerah Sepang yang sebahagian besar penduduknya adalah golongan B40 dan M40.

Menurutnya, pembinaan hospital tersebut atas keperluan terdesak penduduk tempatan kerana hospital yang terdekat adalah Hospital Putrajaya, Serdang dan Banting, malah ada yang terpaksa mendapatkan rawatan sehingga ke Seremban.

“Hospital Cyberjaya dibina menggunakan dana awam yang patut beroperasi sepenuhnya sebagai hospital kerajaan, dan bukannya secara swasta atau hibrid.

“Keputusan yang tidak memihak kepada kepentingan rakyat dilihat bercanggah dengan tujuan asal penggunaan dana awam,” katanya.

Beliau membuat kenyataan itu dalam memorandum yang diserahkan kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bertarikh 3 Disember lalu, sepertimana dikongsi menerusi twitter UMNO cawangan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan