28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Lawan BN terdesak, video lama disunting, disebar

Inilah kali kedua dalam tempoh terdekat rakaman ucapannya dipotong, disunting dan disebarkan bagi tujuan mencetuskan kemarahan orang ramai kepada beliau serta UMNO

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN pihak-pihak tertentu yang menyunting dan menyebarkan rakaman video lama bagi menabur fitnah terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) merupakan langkah terdesak parti lawan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak lawan masih menggunakan strategi dan taktik yang sama sepertimana dilakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Saya lampirkan video yang disunting dengan ucapan penuh saya. Sebarkan agar rakyat tidak tertipu dan percaya fitnah oleh pihak yang tidak pernah takut akan dosa,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Zahid yang juga Presiden UMNO mengulas penularan rakaman video ucapan beliau yang telah disunting dengan dakwaan UMNO tidak akan menerima golongan profesional dan akan menyekat golongan tersebut.

Sedangkan ucapan penuh Ahli Parlimen Bagan Datuk itu adalah berhubungan penegasan UMNO Selangor agar membuat perubahan dan menerima golongan profesional.

“…zaman itu telah berlalu. Selangor kalau mahu menang, berubahlah, terimalah siapa-siapa yang taat pada parti untuk bersama-sama dengan parti kita,” katanya memetik ucapan asal beliau.

Zahid berkata, inilah kali kedua dalam tempoh terdekat rakaman ucapannya dipotong, disunting dan disebarkan bagi tujuan mencetuskan kemarahan orang ramai kepada beliau serta UMNO.

Sehubungan itu, beliau menasihati musuh-musuh BN agar berpolitik dengan memberi pertimbangan tentang hukum dan insaniah.

“Inilah antara cara mereka memfitnah pemimpin BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14. Mereka sedang mengulanginya untuk PRU-15,” katanya.

Bagaimanapun, beliau sebagai hamba Allah memaafkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menabur fitnah terhadapnya.

Namun, beliau mengingatkan bahawa berpolitik dengan cara menipu, menghasut dan memfintah tidak akan diberkati Allah.

“Usah menzalimi demi kuasa kerana tiada keberkatan di sebaliknya. Sudah-sudahlah dengan cara berpolitik menipu, menghasut dan memfitnah.

Dalam PRU-14 lalu, BN tewas buat kali pertama selepas lebih 60 tahun mentadbir negara di tangan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, kerajaan PH tidak dapat bertahan lama apabila berlaku krisis dalaman gabungan parti-parti itu dan tumbang selepas 22 bulan mentadbir Putrajaya.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan