30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Bot tunda, tongkang pindah muatan tanpa kebenaran ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menahan sebuah bot tunda dan tongkang disyaki telah melakukan aktiviti pemindahan muatan antara kapal tanpa kebenaran.

Kedua-dua vesel tersebut ditahan pada jarak lebih kurang 3.7 batu nautika dari Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak pada Ahad lalu, sekitar jam 10.30 pagi.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, penahanan itu dibuat ketika pasukan operasi sedang melakukan rondaan rutin dan mendapati terdapat sebuah bot tunda dan tongkang sedang memindahkan muatan ke atas sebuah kapal lain.

“Hasil penahanan, kedua-dua vesel tersebut dikendalikan enam kru termasuk master.

“Dua kru termasuk master warga tempatan dan seorang kru warga Indonesia ditahan di atas bot tunda, manakala satu kru warga tempatan dan dua kru warga Indonesia ditahan di atas tongkang.

“Kesemuanya berumur dalam lingkungan 22 hingga 54 tahun. Kru Indonesia yang ditahan mempunyai pasport dan permit untuk bekerja di atas kedua-dua vesel tersebut.

“Terdapat muatan kayu balak dijumpai di atas tongkang semasa diperiksa dan dokumen berkaitan muatan berjaya dikemukan oleh master.

“Kedua-dua vesel ditahan kerana telah melakukan aktiviti pemindahan muatan antara kapal tanpa kebenaran daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia,” katanya.

Ujar beliau, kes akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967 yang memperuntukan hukuman denda dan penjara jika disabitkan bersalah.

“Sehubungan dengan itu, komuniti maritim di Bintulu disarankan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang di laut dan sebarang aduan atau kecemasan di laut melalui talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254) dan Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544). – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan