29.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tiada rakaman video Najib dibuat dalam penjara

Video tersebut telah dirakam lebih awal oleh RTM sempena Kembara Keluarga Malaysia Episod K-57 iaitu sebelum Najib dipenjarakan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA sebarang rakaman video dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang menjalani hukuman di penjara dibuat oleh mana-mana agensi media sepertimana yang ditularkan.

Jabatan Penjara dalam kenyataan berkata, hasil semakan menunjukkan video tersebut telah dirakam lebih awal oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena Kembara Keluarga Malaysia Episod Ke-57 iaitu sebelum bekas Perdana Menteri itu dipenjarakan.

“Jabatan Penjara menegaskan bahawa tiada apa-apa rakaman video yang melibatkan Datuk Seri Najib telah dibuat oleh mana-mana agensi media di dalam premis penjara seperti mana yang ditularkan.

“Video yang ditayangkan di TV1 pada 24 Oktober 2022 itu juga menceritakan tentang sejarah dan latar belakang Pekan, Pahang dan tidak berkaitan dengan politik,” katanya dalam kenyataan itu, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan maklumat tanpa semakan lanjut.

“Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Semalam, tular satu paparan menunjukkan Najib sedang menyampaikan ucapan menerusi RTM sehingga mengundang pelbagai reaksi dan persepsi tidak baik terhadap Ahli Parlimen Pekan, kerajaan dan RTM.

Antara yang beraksi terhadap penerbitan temu bual itu ialah pemimpin DAP, Nga Kor Ming yang turut menuduh RTM diperkudakan bagi menyiarkan ucapan Najib dari penjara itu.

“Amat sedih RTM diperkudakan utk menyiar ucapan banduan penjara sebaliknya berita pemimpin Pakatan Harapan banyak disekat. Inilah akibat bila ada kerajaan gagal yg terang2 menghina kedaulatan undang2 dan Rukun Negara kita. Kuasa dlm tangan mu sekarang!,” katanya menerusi Twitternya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan