24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Petugas Imigresen didakwa pecah amanah

Didakwa meluluskan kerja kontrak pengangkutan berjumlah RM1,500 dan RM3,250 untuk kerja penyelenggaraan surau Jabatan Imigresen Labuan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG petugas imigresen didakwa di Mahkamah Sesyen Labuan, hari ini atas pertuduhan pecah amanah membabitkan RM4,750.

Rafidah Ahmad, 57, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Beliau dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di pejabat Jabatan Imigresen Labuan di Financial Park Complex pada 14 Disember 2018 dan 24 Mei 2019.

Rafidah, sebagai penjawat awam yang diamanahkan dengan wang terbabit, didakwa meluluskan kerja kontrak pengangkutan berjumlah RM1,500 dan RM3,250 untuk kerja penyelenggaraan surau Jabatan Imigresen Labuan, namun kedua-dua kerja itu tidak dilaksanakan.

Advertisements

Pertuduhan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Januari 2023 untuk sebutan semula kes.

-BERNAMA

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan