32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Khairy terbuka bertanding mana-mana kerusi Parlimen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan keterbukaannya untuk bertanding di mana-mana kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, ramai pemimpin tempatan yang menawarkan kerusi Parlimen kepadanya, namun semua itu diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO untuk menentukan kedudukannya.

“Saya orang parti, macam-macam pemimpin tempatan tawarkan kerusi kepada saya. Saya terbuka untuk bertanding di mana-mana sama ada di Negeri Sembilan atau Lembah Klang.

Advertisements

“Setakat ini kedudukan saya (untuk) bertanding di kerusi mana masih belum diputuskan,” kata Menteri Kesihatan itu kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Mencegah Banjir di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di hari ini.

Pada PRU14 lepas Khairy memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan menewaskan pencabarnya dari parti PAS dan PKR dengan memperoleh 36,096 undi. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan