Sunday, June 14, 2026

Pemuda UMNO, BN siap siaga hadapi PRU-15

Sedia kerah semua jentera di 13,205 cawangan seluruh negara dan sukarelawan-sukarelawan Skuad Sabil di 191 Parlimen.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMUDA UMNO dan Barisan Nasional (BN) telahpun bersiap-siaga menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) susulan pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia termasuk mengerahkan semua jentera di 13,205 cawangan seluruh negara dan sukarelawan-sukarelawan Skuad Sabil di 191 Parlimen.

“Di samping itu, turut akan membantu rakyat sekiranya berlakunya musibah lebih awal daripada yang diramalkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Asyraf yang juga Pengerusi Pemuda BN menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan Baginda untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU-15 diadakan.

“Sudah tentu Tuanku telah mengambil kira semua faktor termasuk setelah Tuanku sendiri mencemar duli turun mendengar sembah taklimat secara terus daripada Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenai perkembangan terkini ramalan cuaca negara pada Khamis lalu.

“Pembubaran ini adalah selari dengan pendirian Pemuda UMNO sejak politik negara menjadi tidak menentu bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk mereka memilih sebuah kerajaan yang dapat menjamin kestabilan serta kemakmuran negara demi kesejahteraan mereka.

“Kini terserahlah kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menentukan tarikh PRU-15 yang boleh diadakan sebelum pertengahan November, iaitu sebelum menjelangnya musim tengkujuh,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan