31.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

Syukur, mandat kembali kepada rakyat – Ahmad Zahid

UMNO meminta Parlimen dibubarkan ketika di puncak kuasa kerajaan campuran adalah demi kemaslahatan dan masa depan rakyat serta negara.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kesyukuran apabila mandat akhirnya dikembalikan kepada rakyat untuk membuat penentuan mutlak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sekali gus menurut beliau, ia membuktikan UMNO dan pimpinannya sentiasa berjiwa besar dalam apa jua perkara melibatkan kepentingan rakyat dan tanah air.

“Walau parti ini pernah disalah erti angkara fitnah dan tipu daya beberapa tahun lalu, tidak sesekali UMNO berpaling daripada perjuangan untuk rakyat dan negara.

“Dalam keadaan diburuk sangka, ditekan dan diasak dari segenap arah, UMNO tetap istiqamah berpegang kepada kebenaran dan tanggungjawabnya.

“Apakah UMNO perlu “down” ketika itu? UMNO tidak “down”. Perlukan UMNO akur akan ugutan dan berundur? Haruskah gentar pada ancaman? Kongsinya dalam Facebook hari ini.

Baca juga:   'Tanpa saya, UMNO lebih mudah diperkotak-katikkan'

Ujar Ahmad Zahid, saksikan UMNO berjiwa besar pada 2020 merestui sebilangan wakil rakyatnya bekerjasama dengan seteru politik membentuk kerajaan sementara.

Menurutnya, bagi memastikan kelangsungan pentadbiran negara daripada kucar-kacir selepas kerajaan PH tumbang angkara perebutan kuasa sesama mereka.

“UMNO malah berjiwa besar demi rakyat bersetuju mengangkat ketua parti lawan sebagai Perdana Menteri bagi mengelak krisis pentadbiran daripada berterusan.

“Namun ibarat air susu dibalas tuba, kebaikan UMNO dibalas dengan pembelotan “scheme of things” mahu menikam parti ini dari belakang.

Perdana Menteri kerajaan sementara menurut beliau gagal mengalas amanah yang diberikan menyebabkan UMNO terpaksa menarik balik sokongan kepadanya.

Baca juga:   Musa Aman dakwa dapat sokongan bentuk kerajaan baharu Sabah

“Hari ini UMNO dan pimpinannya sekali lagi berjiwa besar menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk membentuk kerajaan baharu.

“UMNO meminta Parlimen dibubarkan ketika di puncak kuasa kerajaan campuran adalah demi kemaslahatan dan masa depan rakyat serta negara.

“Insya-Allah ini langkah yang tepat bagi memberi kuasa penentuan kepada rakyat untuk mengembalikan kestabilan dan kemakmuran di bumi Malaysia.

“Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang maha tinggi lagi maha agung,” kongsinya.

Petang tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini untuk memberi laluan kepada PRU15.

Menurut Ismail Sabri, beliau telah menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menyembah warkah permintaan kepada Baginda, mengenai pembubaran Parlimen Ke-14, tengah hari semalam.

Baca juga:   Jangan dahului MyIPO, cap dagang 'Harimau Menangis' belum lulus

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Tan Sri Abdul Aziz, abang Muhyiddin meninggal dunia

BEKAS Ahli Parlimen Muar, Tan Sri Abdul Aziz Yasin, 90, menghembuskan nafas terakhirnya hari ini. Berita berkenaan dikongsikan sendiri oleh adiknya,...

Lagi Artikel Berkaitan