31 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

KPM terus usaha transformasi pendidikan negara

Ini termasuklah memberi penekanan kepada penambahbaikan serta inovasi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan semasa.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) terus berusaha dalam mentransformasi pendidikan negara, termasuk pembangunan bakat dan potensi murid ke tahap yang optimum.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, KPM sentiasa komited melakukan yang terbaik.

“Ini termasuklah memberi penekanan kepada penambahbaikan serta inovasi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan semasa seperti penggunaan teknologi digital bagi meningkatkan minat belajar dalam kalangan murid.

“Kepada anak-anak, pak cik doakan yang terbaik kepada anda semua. Ingat pesan pak cik, ‘Nothing Beats Hard Work’ dalam mengejar cita-cita. InsyaAllah, kejayaan pasti dapat dicapai, ” katanya dalam hantaran menerusi Facebook.

Terdahulu beliau hadir dalam Majlis Perasmian Surau Darul Furqan Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Pasir Mas di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Baca juga:   Radzi kagum murid Tahun 4 kuasai sistem aquaponik

Pembinaan surau dengan kapasiti 280 orang itu adalah hasil kerjasama pihak sekolah dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Mengulas mengenai majlis tersebut, Radzi berkata, alhamdulillah, pagi tadi beliau dapat bersama-sama warga SK Seberang Pasir Mas di Kota Bharu, Kelantan dalam majlis perasmian Surau Darul Furqan.

“Majlis turut dihadiri pengurusan kanan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Yang Dipertua PIBG dan wakil pemimpin masyarakat.

“Tahniah kepada semua pihak yang telah sama-sama ikhtiarkan pembinaan surau ini yang pastinya memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   JPN, PPD tidak boleh minta data markah PBD murid dari guru

Wartawan

Terkini

Kibar bendera Malaysia, Israel video lama yang dimanipulasi

RAKAMAN video yang memaparkan sekumpulan rakyat Malaysia menyanyikan lagu Negaraku sambil mengibarkan Jalur Gemilang bersama-sama bendera Israel adalah video...

Lagi Artikel Berkaitan