25.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Jho Low, bapa dihukum penjara kerana hina mahkamah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara kepada ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dan bapanya Tan Sri Larry Low Hock Peng.

Memetik laporan The Star, hukuman tersebut dijatuhkan ke atas kedua-duanya kerana tidak mematuhi injunksi Mareva berhubung saman yang difailkan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan anak syarikatnya Global Diversified Investment Company Ltd terhadap mereka.

Injunksi Mareva ialah perintah sementara yang menghalang defendan daripada melupuskan aset sehingga penentuan kes antara plaintif dan defendan.

Waran komital dikeluarkan Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz selepas dia membenarkan permohonan peguam 1Malaysia Development Berhad, Siva Kumar Kanagasabai.

Jho Low dan bapanya boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga mereka membersihkan penghinaan yang dikenakan ke atas mereka.

Mereka tidak hadir ke mahkamah dan tidak diwakili sesiapa pada prosiding pada Isnin (17 Oktober). Peguam mereka daripada Tetuan Valen, Oh & Partners telah menarik diri daripada prosiding pada Julai lepas.

1MDB dan anak syarikatnya Global Diversified Investment Company Ltd (sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Ltd) memfailkan permohonan komital itu pada Mei, selepas tidak menerima sebarang maklum balas daripada defendan berdasarkan injunksi Mareva.

Injunksi Mareva itu diperoleh daripada Mahkamah Tinggi yang menghalang Jho Low daripada melupuskan aset AS$1.03bilion (RM8.14bilion).

Hock Peng berdepan injunksi yang sama melibatkan AS$401.5 juta (RM1.76 bilion).

Pada 25 Mei, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Low untuk mengetepikan perintah injunksi itu.

Pada 12 Ogos lepas, mahkamah membenarkan 1MDB dan Global Diversified Investment Company memulakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap mereka.

Jho Low dan bapa sepatutnya mendedahkan keberadaan mereka kepada 1MDB dan anak syarikat, dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah pada 15 Mac dan 20 April atas arahan peguam mereka. Mereka tidak berbuat demikian.

Berikutan kegagalan mereka mematuhi seperti yang diarahkan, 1MDB dan anak syarikatnya memulakan prosiding penghinaan itu.

Terkini

Rumah terbuka: KPKM jamin bekalan makanan asas mencukupi

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bahawa bekalan makanan asas mencukupi sepanjang bulan Syawal ini. KPKM dalam kenyataannya...

Lagi Artikel Berkaitan