28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

8 barangan di bawah Skim Harga Maksimum Perayaan Deepavali

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyenaraikan lapan barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022.

Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Azman Mohd Yusof berkata, skim harga maksimum itu berkuatkuasa 20 hingga 26 Oktober ini, dengan barangan tersenarai adalah daging kambing biri-biri import bertulang, tomato, cili merah dan kelapa biji (harga maksimum di peringkat borong sahaja).

“Ia juga termasuk kelapa parut (harga maksimum di peringkat runcit sahaja), bawang merah kecil (India), bawang merah besar import dan kacang dal (Australia).

“Tempoh pelaksanaan ini adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa pada masa kini, iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga.

“Pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan dan peniaga berpuas hati dengan tempoh masa pelaksanaan yang efektif.

Advertisements

“Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang membolehkan penentuan harga dibuat ke atas peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan semakan harga boleh dibuat melalui laman web KPDNHEP di https://www.kpdnhep.gov.my.

Sementara itu, Azman berkata, ayam dan telur ayam kekal sebagai barangan harga terkawal dan berkuat kuasa mulai 12 Oktober.

Antara barangan harga terkawal bagi pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam adalah ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya), ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) dan telur ayam gred A, B serta C.

Beliau turut meminta pengguna yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan salah laku peniaga supaya melaporkan aduan kepada KPDNHEP sama ada menerusi WhatsApp di 019-2794317/019-8488000, portal e-aduan.kpdnhep.gov.my, pusat panggilan di 1-800-886-800, e-mel [email protected] atau menerusi aplikasi telefon pintar Ez ADU. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan