34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Deepavali: 8 jenis barangan diletak di bawah harga kawalan

Mesti Baca

SEBANYAK lapan jenis barangan diletakkan di bawah harga kawalan sempena sambutan perayaan Deepavali berkuatkuasa 9 hingga 15 November.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, lapan barangan tersebut ialah bawang merah besar import, bawang merah kecil (India) tidak termasuk Ros dan cili merah.

Beliau berkata, turut diletakkan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali itu ialah daging kambing biri-biri bertulang import, kacang dal (Australia), kelapa biji (harga maksimum di peringkat borong sahaja), kelapa parut (harga maksimum di peringkat runcit sahaja) dan tomato.

“Tempoh pelaksanaan adalah selama tujuh hari iaitu tiga hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan tiga hari selepas perayaan.

“Selain daripada barang-barang di bawah harga kawalan maksimum sedia ada, Kementerian telah mengenal pasti sebanyak lapan jenis barangan yang akan dikawal di bawah skim (SHMMP) ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengumumkan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023 di Pertubuhan Kebajikan Jayaa Sri, Beranang, Selangor hari ini.

Advertisements

Hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Saleh.

Armizan berkata, tempoh pelaksanaan SHMMP Deepavali 2023 kali ini adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa bagi menjamin kestabilan harga kepada kedua-dua pihak sama ada di peringkat pengguna mahupun peniaga.

Katanya, senarai barangan, paras harga maksimum dan tempoh pelaksanaan ditentukan berdasarkan beberapa faktor seperti faktor permintaan serta penawaran, kos semasa, cuaca, kadar tukaran wang asing, kadar upah dan faktor-faktor luaran seperti ekonomi global.

“Penentuan harga ini dibuat dengan mengambil kira pandangan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), agensi-agensi Kerajaan dan pemain-pemain industri.

“SHMMP Deepavali 2023 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011,” kata kenyataan itu.

Katanya, harga maksimum yang telah ditetapkan untuk SHMMP Deepavali 2023 di peringkat pemborong dan peruncit boleh disemak melalui laman web www.kpdn.gov.my. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan