25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Pelajar IPT diseru fahami isu, konflik melanda dunia

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

PARA pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) diseru agar cakna dan memahami isu-isu semasa serta konflik yang melanda dunia pada ketika ini.

Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh berkata, mereka mesti berfikir dan mengukuhkan kefahaman ilmu serta daya intelek yang benar tentang konflik tersebut.

Menurut beliau, ini termasuk konflik yang sedang berlaku di Palestin yang telah mengorbankan ramai kanak-kanak tidak berdosa dan orang awam yang tidak bersalah.

“Saya menyeru mahasiswa dan mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi khususnya, mesti berfikir dan mengukuhkan kefahaman ilmu dan daya intelek yang benar akan konflik dunia terkini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Intelektual (Intelfest) 2023 anjuran FSU USIM dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di kampus universiti itu di Nilai, Negeri Sembilan semalam.

Advertisements

Turut hadir Pengarah Persatuan Mahasiswa FSU, Airin Hafizah Khusaini.

Mengenai Intelfest 2023, Nik Salida Suhaila berkata, program serta pertandingan tersebut diadakan setiap tahun bagi memperkasa pengetahuan asas pelajar tentang tokoh-tokoh intelektual daripada seluruh pelosok dunia.

“Program ini telah memberi peluang kepada para pelajar USIM khususnya pelajar FSU untuk menyampaikan hujah-hujah yang bernas tentang tokoh-tokoh ilmuan dan intelektual dari negara barat mahupun Islam,” katanya.

Sementara itu, Airin Hafizah gembira dan bangga atas kejayaan semua ahli jawatankuasa yang menjayakan program tersebut.

“Pada Intelfest tahun ini, kita memperkenalkan program baharu iaitu Mini Book Fair di Ruang Legar FSU dengan sokongan dan lonjakan semangat daripada pihak pengurusan atas FSU serta pihak PKPIM. – Nur Farah Haziqah Kamal Zeri/Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan