25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

MARA ungguli dua anugerah Ekspo Malaysia Digital

Mesti Baca

MARA mengungguli dua anugerah pada malam Anugerah Ekspo Malaysia Digital (MDX) 2023 anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur, malam ini.

Dua anugerah yang diterima ialah Anugerah TVET Terbaik eUsahawan 2022 melalui Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) serta Anugerah Pensyarah TVET Terbaik eUsahawan 2022 menerusi Nooridah Ithnin dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading, Batu Pahat.

Anugerah berprestij tersebut diterima oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Razlan Samsuri manakala anugerah itu disampaikan oleh Naib Presiden Ketua Perkhidmatan Korporat MDEC, Amiruddin Abdul Shukor.

“Pemilihan MARA sebagai institusi TVET terbaik e-usahawan itu berdasarkan kepada komitmen 500 pensyarah dari institusi pendidikan MARA (IPMA) yang telah dilatih oleh MDEC dalam keusahawanan digital bagi menyampaikan integrasi modul tersebut dalam silibus IPMA,” kata MARA dalam satu kenyataan.

Advertisements

Katanya, eUsahawan ialah program yang dilaksanakan bertujuan untuk membina budaya yang lebih inklusif ke arah penggunaan teknologi digital dan menyokong pembangunan kemahiran keusahawanan digital bagi individu, pelajar dan usahawan untuk memperkasakan kerjaya serta mengembangkan perniagaan.

Setakat ini, lebih 60,000 pelajar telah menerima manfaat daripadany dan berjaya mencatatkan rekod jualan melebihi RM43.5 juta hasil kerjasama antara MARA dan MDEC sejak tahun 2015.

Antara yang hadir ialah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Syed Ibrahim Syed Noh. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan