33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Tun M turun tinjau keadaan banjir di Langkawi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkesempatan hadir ke Pusat Penempatan Sementara, Dewan As Syifa Padang Mat Sirat, Langkawi untuk bertemu dengan mangsa banjir di kawasan sekitar hari ini.

Beliau berkata, Alhamdulillah pagi ini cuaca baik dan penduduk sudah mula kembali ke rumah mereka.

“Beberapa rumah dan kedai dilapor telah dinaiki air dalam banjir yang berlaku.

“Saya ingin ucap terima kasih pada agensi keselamatan yang bertugas selamatkan penduduk di sini atas tindakan pantas mereka.

“Mereka telah dapat selamatkan semua mangsa banjir, termasuk yang terperangkap di Telaga Tujuh akibat fenomena kepala air,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Dalam kunjungan itu juga, Tun Dr Mahathir turut singgah ke pasar Padang Mat Sirat.

Katanya, walaupun terlibat dengan banjir mujurlah ia tidak menjejaskan perniagaan mereka.

“Sekali lagi saya ucap terima kasih atas kecekapan dan kesediaan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan petugas kesihatan untuk selamatkan penduduk dan pelawat di Langkawi,”katanya.

Terdahulu, beliau menzahirkan kebimbangan susulan hujan lebat sehingga menyebabkan banjir melanda Langkawi, Kedah.

Dalam satu video yang dikongsi di Twitter, Dr Mahathir memaklumkan beliau akan ke Langkawi bagi melihat sendiri keadaan semasa di sana.

Katanya, berdasarkan maklumat yang dilaporkan dalam media semalam, keadaan di kawasan itu membimbangkan.

“Saya harap penduduk dan pelawat di Langkawi berwaspasa dan mengelak daripada bahaya.

“Pagi ini saya akan pulang ke Langkawi untuk melihat sendiri keadaan di sana,” katanya melalui hantaran di media sosial.

Sebanyak 14 kawasan di empat mukim di Pulau Langkawi dinaiki air susulan hujan lebat dan angin kencang sejak pukul 6 pagi Ahad.

Antara kawasan dinaiki air di mukim Kuah ialah Kampung Belanga Pecah dan Jalan Penarak. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan