28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

UMNO desak laporan siasatan buku Tommy Thomas didedahkan

Laporan oleh Pasukan Petugas Khas itu juga penting kerana ia berpotensi mendedahkan tentang isu pendakwaan terpilih yang berlaku semasa kerajaan PH

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UMNO terus mendesak kerajaan agar mendedahkan kepada umum laporan hasil siasatan ke atas buku memoir Tan Sri Tommy Thomas oleh pasukan petugas khas yang ditubuhkan sebelum ini.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau bimbang jika perkarta itu dipendam begitu lama kontroversi kehilangan kertas siasatan kes Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali berulang.

Beliau berkata, laporan itu mustahak didedahkan kepada umum kerana rakyat Malaysia perlu mengetahui perihal sebenar membabitkan bekas Peguam Negara ‘lantikan politik’ tersebut.

“Laporan oleh Pasukan Petugas Khas itu juga penting kerana ia berpotensi mendedahkan tentang isu pendakwaan terpilih yang berlaku semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Juga mendedahkan tentang kemungkinan berlaku campur tangan urusan kehakiman oleh seorang bekas Perdana Menteri untuk kepentingan politiknya,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Ahmad Zahid berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Ogos tahun lalu telah meminta supaya kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pendedahan buku tersebut.

Katanya, RCI itu amat penting kepada negara kerana ia mengundang tanda tanya mengenai campur tangan politik dalam institusi Peguam Negara, kehakiman dan keselamatan.

Advertisements

“Bagaimanapun kita berharap dakwaan Peguam Negara bahawa kerajaan sekarang mengesyorkan laporan akhir siasatan itu tidak didedahkan kepada umum sekadar desas-desus.

“Kita juga berharap Kabinet yang akan dibentangkan hasil siasatan tersebut dalam tempoh terdekat tidak berada dalam sebarang kedudukan untuk menutup fakta tertentu,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, kebimbangan ini timbul kerana sebahagian anggota Kabinet kerajaan campuran sedia ada adalah bekas anggota Kabinet kerajaan PH.

“Anggota Kabinet terbabit pernah 22 bulan bekerjasama dan ‘bermuafakat’ bersama Tommy, maka dikhuatiri mungkin ada perkara yang bagi mereka wajib diselindungi,” katanya.

Ogos lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan laporan akhir pasukan petugas khas siasatan terhadap dakwaan dalam buku My Story: Justice in the Wilderness tulisan Tommy akan dibentangkan kepada jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Katanya, pembentangan itu ia bagi mendapatkan arahan dan mandat berhubung tindakan susulan yang perlu dilaksanakan.

Beliau berkata, pasukan petugas khas itu yang dipengerusikan oleh Penasihat Undang-Undang kerajaan Sarawak, Datuk Seri Fong Joo Chung, mengenal pasti 19 isu penting daripada buku itu yang memerlukan perhatian lanjut pihak kerajaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lelaki didenda RM80,000 guna kelengkapan komunikasi tidak sah

SEORANG usahawan didenda sebanyak RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, kerana menggunakan kelengkapan komunikasi tidak diperakui iaitu SMS...

Lagi Artikel Berkaitan