31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Awas! Iklan lesen terbang palsu guna gambar PM

JPJ akan membuat laporan kepada polis serta SKMM agar siasatan lanjut dilakukan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan iklan palsu dipercayai dilakukan oleh sindiket lesen terbang dengan menggunakan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan iklan palsu berkenaan selepas ia tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

“Iklan bertajuk Bantuan Lesen Memandu Percuma Buat Semua Golongan itu dikatakan telah menyalahgunakan gambar Perdana Menteri,” kata JPJ dalam kenyataan tersebut.

Katanya, bagi meyakinkan orang ramai, sindiket itu turut meletakkan pautan pendaftaraan dan turut dipelawa menyertai Kumpulan Whatsapp bagi memperdaya lebih ramai mangsa.

Advertisements

Jabatan itu berkata, iklan tersebut adalah palsu dan mereka memandang serius sindiket lesen terbang tersebut dan siasatan lanjut akan dilakukan segera bagi mengesan dalangnya.

“Kami juga akan membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya siasatan lanjut boleh dilakukan.

“Kami ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan terpengaruh, serta menghubungi pejabat JPJ berdekatan bagi mendapatkan maklumat lebih tepat dan sahih,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan