33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Sekolah Terbaik Dunia: Kejayaan SK Kempadang jadi inspirasi

SK Kempadang mencipta sistem penyelesaian digital sepenuhnya bagi mengesan kemajuan murid, adalah finalis 3 Teratas World’s Best School Prizes bagi kategori Inovasi.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEJAYAAN Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang, Kuantan, Pahang yang tercalon sebagai finalis Hadiah Sekolah Terbaik Dunia bagi kategori inovasi perlu menjadi inspirasi kepada semua sekolah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, sekolah tersebut telah memberi lebih inspirasi dan tekad kepada semua sekolah, guru serta murid untuk menghasilkan inovasi baharu seiring dengan kemajuan dunia pengdigital dalam pendidikan.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga SK Kempadang dan berharap seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan kepada wakil Malaysia itu dalam anugerah tersebut.

“Sama-sama kita beri sokongan dan doakan kemenangan buat SK Kempadang,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook.

Selain SK Kempadang, dua lagi sekolah yang tersenarai dalam tiga sekolah terbaik bagi kategori inovasi hadiah tersebut ialah Escuela Emilia Lascar dari Chile dan N High School dari Jepun.

[AYUH RAKYAT MALAYSIA… UNDI UNTUK SK KEMPADANG DI SINI]

Kejayaan SK Kempadang tersenarai sebagai peserta akhir anugerah tersebut kerana mencipta sistem penyelesaian digital sepenuhnya bagi mengesan kemajuan murid.

Sekolah itu bukan sahaja berhadapan dengan cabaran meneruskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan mengesan kemajuan murid semasa pandemik.

Malahan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah menyebabkan sekolah itu tidak dapat mengakses data sebenar pembelajaran murid yang boleh menentukan rancangan pengajaran untuk menyokong semua murid.

Sehubungan itu, SK Kempadang mencipta satu sistem dipanggil SMARTZOOM bagi mengesan kemajuan pembelajaran murid menggunakan penyelesaian digital sepenuhnya.

SMARTZOOM itu menggunakan input data daripada Google Sheets dan Google Chrome memandangkan semua guru di Malaysia mempunyai akaun Google khusus yang dihubungkan dengan Kementerian Pendidikan.

Pemilihan tiga sekolah terbaik hadiah itu kini memasuki peringkat undian awam dan orang ramai dipelawa untuk membuat undian menerusi pautan http://www.worldsbestschool.org sebelum 2 Oktober manakala pemenang akan diumum pada 19 Oktober ini.

Sebelum ini, sebuah Sekolah Amanah Malaysia telah dicalonkan sebagai tiga calon terbaik Hadiah Sekolah Terbaik Duniayang dilancarkan pada tahun ini oleh T4 Education dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Accenture dan American Express.

-EDISI9

Terkini

Dewan Rakyat lulus RUU Pindaan AUKU 2023

DEWAN Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) (Pindaan) 2023 setelah dibacakan buat...

Lagi Artikel Berkaitan