28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 1, 2023

Cubaan culik di Genting Highlands, 2 wanita warga asing ditahan

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan culik yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan dua wanita warga asing hari ini, berhubung dakwaan cubaan culik seorang kanak-kanak di Genting Highlands, Bentong, Pahang, yang tular menerusi media sosial pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata satu laporan polis dibuat bapa kanak-kanak berkenaan berusia 33 tahun pada jam 1.20 tengah hari pada Selasa lalu.

Susulan itu menurut beliau, polis merakam keterangan pengadu dan saksi berhubung insiden berkenaan yang dirakam menerusi satu video berdurasi satu minit 20 saat yang turut tular dalam media sosial.

“Hasil siasatan, kami menahan dua wanita warga asing masing-masing berusia 42 dan 50 tahun jam 11.30 pagi tadi, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Baca juga:   Perodua optimis tingkat pasaran 40.6 peratus tahun ini

“Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan culik yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ujar Zaiham lagi, kertas siasatan kes berkenaan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai terutamanya ibu bapa atau penjaga supaya sentiasa berhati-hati dan peka terhadap aspek keselamatan anak-anak khususnya di tempat yang sesak bagi mengelak perkara tidak diingini.

Sebelum ini, media melaporkan pihak keselamatan Genting Highlands membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang kanak-kanak yang dikatakan hampir menjadi mangsa culik seorang wanita warga asing.

Baca juga:   Wanita maut, seorang lagi parah dirempuh pemandu mabuk

Zaiham dipetik berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi satu minit 20 saat melalui akaun Tik Tok milik @alfitry_azmi52 yang dimuat naik di laman Facebook ‘Daily Traffic Report’, Isnin lalu.

Menurutnya, dalam video itu mendakwa seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik seorang wanita warga asing di Genting Highlands.

Susulan itu, katanya, pihak keselamatan Genting Highlands membuat laporan polis jam 8.16 malam, Isnin lalu, berhubung video yang tular berkenaan.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Bangunkan Wilayah Persekutuan, jadi bandar raya unggul

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah agar kerajaan melipatgandakan usaha dalam memelihara kesejahteraan rakyat dan membangunkan...

Lagi Artikel Berkaitan