30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PM tiba di New York, ketuai delegasi Malaysia ke UNGA

Untuk rekod, ini merupakan penglibatan kedua Datuk Seri Ismail Sabri sejak memegang jawatan Perdana Menteri namun ia adalah kehadiran pertamanya secara fizikal bagi UNGA.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat tiba di New York, Amerika Syarikat (AS) untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Beliau yang mengetuai delegasi Malaysia sesi ke-77 perhimpunan badan dunia itu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy pada pukul 4.10 pagi waktu tempatan (4.10 petang waktu Malaysia)

“Alhamdulillah… saya dan delegasi selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy, New York, Amerika Syarikat pada jam 4:10 pagi waktu tempatan.

“Lawatan kerja bertujuan menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77 dan mengadakan beberapa mesyuarat dua hala dengan beberapa pemimpin dunia yang lain.

“Semoga lawatan kerja ini membuahkan hasil yang memanfaatkan negara dan Keluarga Malaysia,” katanya dalam Facebook hari ini.

Untuk rekod, ini merupakan penglibatan kedua Datuk Seri Ismail Sabri sejak memegang jawatan Perdana Menteri namun ia adalah kehadiran pertamanya secara fizikal bagi UNGA.

Advertisements

Dalam hantaran terdahulu, beliau memohon Keluarga Malaysia mendoakan keselamatan perjalanan beliau sempena perhimpunan berkenaan.

“Saya akan menyuarakan pendirian Malaysia berhubung isu sejagat yang memberi kesan kepada kehidupan keluarga dunia,” kata beliau.

Ismail Sabri yang dijadual menyampaikan kenyataan negara pada 3.40 petang Khamis waktu New York (3.40 pagi Jumaat waktu Malaysia), bakal mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama dari Malaysia yang menyampaikan ucapan di platform PBB dalam bahasa kebangsaan.

Detik Peralihan: Penyelesaian Transformatif kepada Cabaran Bersaling Kait’ menjadi tema bagi sesi Debat Umum tahun ini.

Dalam ucapannya itu, Perdana Menteri dijangka berkongsi beberapa pengalaman Malaysia dalam menangani pandemik Covid-19 dan cabaran global, selain mengetengahkan cadangan penyelesaian kepada konflik antarabangsa, terutamanya membabitkan situasi di Palestin dan Myanmar.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan