25 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 9, 2023

Polis siasat cubaan culik budak di Genting Highlands

Polis masih mengumpul maklumat mengenai dakwaan kejadian itu sebelum sebarang keputusan bagi membuka kertas siasatan lanjut.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS sedang menyiasat dakwaan seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik oleh seorang perempuan warganegara asing di Genting Highlands, Pahang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, polis akan mengambil keterangan daripada pemilik akaun Tik Tok yang menyiarkan video berkenaan bagi mendapat maklumat lanjut mengenai kejadian.

Menurutnya, setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan daripada pihak terlibat (keluarga mangsa), namun pihak keselamatan Genting Highlands telah membuat laporan polis pada 19 September 2022 berhubung video yang tular.

“Polis memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaiham berkata, polis masih mengumpul maklumat mengenai dakwaan kejadian itu sebelum sebarang keputusan bagi membuka kertas siasatan lanjut.

Baca juga:   PDRM buka 30 kertas siasatan sepanjang kempen PRU-15

Semalam tular video berdurasi satu minit 20 saat melalui akaun TikTok @ALFITRY_AZMI52 yang dimuat naik dalam Facebook Daily Traffic Report memaklumkan bahawa seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik oleh seorang warganegara asing.

Bagaimanapun, pemilik akaun @ALFITRY_AZMI52 itu dipercayai sudah memadamkan akaun TikToknya.

Dakwaan mengenai kejadian itu menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat terhadap keselamatan anak-anak mereka. 

Malah, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman serupa namun di lokasi berlainan.

-EDISI9

Wartawan

Baca juga:   DBKL 'sekolahkan' kontraktor turap jalan waktu puncak

Terkini

Musim meroyan dalam kalangan bekas pemimpin UMNO

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi secara sindiran mengatakan musim meroyan dapat dilihat berlaku...

Lagi Artikel Berkaitan