24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Zahid bidas sikap perkauman sempit Tommy Thomas

Tommy Thomas memuji kerajaan PH sedangkan kerajaan 22 bulan itu juga ditadbir oleh orang Melayu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas sikap perkauman sempit bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang menganggap “kegagalan kerajaan Melayu” ketika ini didominasi oleh orang Melayu.

Zahid berkata, kenyataan berkenaan adalah tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif kepada masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Menurutnya, Tommy Thomas sebaliknya memuji kerajaan Pakatan Harapan (PH) pula, sedangkan kerajaan 22 bulan itu juga ditadbir oleh orang Melayu.

“Malah ramai mereka kini berada dalam kerajaan PN (Perikatan Nasional). Mereka ini bukan sahaja Melayu, terdapat juga etnik India, Cina dan Dayak. Maknanya Tommy Thomas terlalu obses, prejudis hingga melabel-label etnik Melayu tanpa melihat perspektif yang menyeluruh dan luas.

“Tommy Thomas lupa statistik 2021 bahawa Melayu dan bumiputera mewakili 69.8 peratus, etnik India 6.8 peratus dan Cina 22.4 peratus,” katanya dalam Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Zahid menjelaskan maksud sebenar statistik yang dikongsinya itu iaitu mana-mana parti politik tidak boleh mengabaikan etnik yang membentuk majoriti dalam apa-apa keputusan politik dan pembentukan kerajaan.

Menurut beliau, dari segi agihan jawatan Kabinet ia perlu mencerminkan dan berdasarkan jumlah populasi negara dan ini berlaku sejak dahulu hingga kini dan diterima secara menyeluruh dan menjadi amalan demokrasi tanpa mengabaikan etnik minoriti.

“Orang Melayu dan bumiputera terkenal dengan sikap bertolak ansur dan tidak rasis. Walaupun ramai mereka cemerlang di peringkat asasi dan matrikulasi mencapai Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 4.0 akan tetapi ramai Melayu bumiputera kurang berpeluang mengikuti kursus yang mereka minati seperti bidang perubatan.

“Namun mereka tidak gunakan isu ini sebagai mereka dipinggirkan dan tak pula mereka dengki terhadap etnik lain yang mendapat tempat tersebut.

Advertisements

Malah menurut Zahid, di mana-mana tempat perkampungan Melayu dan bumiputera ada sahaja kedai Cina khususnya dan India.

“Perniagaan mereka ini disumbangkan oleh kuasa ekonomi Melayu Bumiputera yang memakmurkannya tanpa sikap prejudis dan rasis.

“Tommy lupa kedudukan beliau capai hingga dilantik sebagai Peguam Negara oleh Yang di-Pertuan Agong disebabkan Malaysia sebuah negara harmoni dari segi perpaduan walaupun beliau dikecam kerana tidak fasih bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan negara.

Namun menurut Zahid, sikap Tommy Thomas itu bukanlah perkara baharu.

“Dalam bukunya beliau (Tommy Thomas) pernah mendakwa parti Melayu sentrik selepas PH membawa bencana (disastraous consequences).

“Beliau tidak wajar menuduh secara pukal dan ini mencerminkan sikap prejudis beliau seolah-olah adanya sikap Malaymophobia,” katanya.

Sebagai rakyat Malaysia tegas Zahid, semua perlu menolak sikap rasis yang boleh mengugat keharmonian kaum.

“Biarlah kita bersikap di mana bumi di pijak di situlah langit dijunjung” dan hayatilah peribahasa “bersatu kita teguh bercerai kita roboh”.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan