31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Muhyiddin dicabar ‘tekan butang’, tarik sokongan kepada PM

Buktikan dengan tindakan sebagai anak jantan, bukannya hanya menyalak dan menggertak - Asyraf Wajdi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TAN Sri Muhyiddin Yassin dicabar menekan butang dan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jika beliau melihat kerajaan hari ini gagal menguruskan ekonomi negara.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bekas Perdana Menteri itu jangan hanya menyalak dan menggertak tetapi berani mengambil langkah sebagai anak jantan.

“Paling utama, jika Tan Sri Muhyiddin menyakini kerajaan hari ini gagal urus ekonomi dan perlu adakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), maka jangan hanya menyalak dan menggertak.

“Buktikan dengan tindakan sebagai anak jantan untuk segera arah anak-anak buah Tan Sri dalam kerajaan untuk menarik sokongan terhadap PM,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Semalam, Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dilaporkan mengkritik kepimpinan Ismail Sabri yang disifatkan sebagai Perdana Menteri yang gagal memulihkan ekonomi negara.

Baca juga:   Kes kematian meningkat 400 peratus, jawatankuasa tangani denggi diaktifkan

Membalas kritikan tersebut, Ismail Sabri berkata, jika benar kerajaan gagal bermakna para menteri daripada Bersatu serta Muhyiddin sendiri sebagai Pengerusi MPN juga menyumbang kepada situasi itu.

Asyraf Wajdi berkata, Muhyiddin sepatutnya melihat siapa menteri-menteri yang menguruskan ekonomi negara yang ada di dalam Kabinet sebelum melempatkan tuduhan seperti itu.

Katanya, Presiden Bersatu itu perlu melihat siapa Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) yang menjadi perancang ekonomi dan siapa Pengerusi MPN.

Baca juga:   SAR kesan wanita hanyut bersama kereta di Mersing

“Bukankah semuanya termasuk Tan Sri daripada parti bunga (Bersatu)? Sekali lagi siapakah yang sebenarnya gagal?

“Apakah setelah (Datuk Seri) Tengku Zafrul (Tengku Abdul Aziz) isytihar menyertai Barisan Nasional (BN), maka Menteri Kewangan lantikan Tan Sri bahkan disyaratkan oleh Tan Sri sendiri untuk dikekalkan sebagai Menteri Kewangan zaman Datuk Seri Ismail Sabri terus diisytiharkan gagal juga?” bidas beliau.

Sementara itu Asyraf Wajdi berkata, keadaan ekonomi hari ini jauh lebih baik berbanding sewaktu Muhyiddin melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan separa masak paling lama serta menggantung Parlimen sewenang-wenangnya selama beberapa bulan.

“Jadi siapa sebenarnya yang gagal urus ekonomi?,” katanya – Edisi 9

Wartawan

Terkini

PH-UMNO gagal faham kesusahan rakyat – Wan Saiful

AHLI politik Perikatan Nasional (PN), Datuk Wan Saiful Wan Jan menzahirkan perasaan sedih beliau apabila Kerajaan Pakatan Harapan -...

Lagi Artikel Berkaitan