34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

UiTM bentuk jawatankuasa atasi krisis kolej kediaman

UiTM telah mewujudkan portal rumah sewa NR bagi membantu memudahkan urusan mahasiswa mendapatkan rumah sewa.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) membentuk Jawatankuasa Krisis Kolej Kediaman dan Rumah Sewa untuk bertindak serta-merta mencari resolusi terbaik bagi membantu mahasiswa yang sukar mendapatkan rumah sewa.

UiTM dalam satu kenyataan hari ini berkata, tindakan itu diambil susulan isu penempatan mahasiswa yang sukar mendapatkan rumah sewa, terutama di kawasan yang berdekatan dengan kampus UiTM.

Katanya, UiTM telah mewujudkan portal rumah sewa NR bagi membantu memudahkan urusan mahasiswa mendapatkan rumah sewa.

“Selain mencari rumah sewa, platform ini juga boleh digunakan untuk pengiklanan rumah sewa oleh tuan rumah.

“Dalam konteks ini, pengurusan Non Residen (NR) UiTM turut membuat tinjauan secara berkala yang berkaitan dengan isu keselamatan, kontrak perjanjian sewa rumah dan kebajikan mahasiswa NR.

“Pada masa sama, UiTM juga menyediakan 107,000 tempat di kolej kediaman, dengan penawaran 34,000 tempat kepada pelajar baharu Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, 52,000 tempat kepada pelajar yang layak secara merit mengikut polisi penempatan UiTM dan 21,000 tempat kepada pelajar yang sedang merayu kolej kediaman,” katanya.

Menurut kenyataan itu, permohonan rayuan kolej boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem e-Rayuan Kolej yang dibuka mulai 13 September 2022 hingga 23 September 2022 dan keputusan permohonan e-Rayuan Kolej akan dikeluarkan mulai 28 September 2022.

Katanya, tawaran kolej kediaman untuk pelajar yang sedang membuat rayuan tertakluk kepada beberapa kriteria iaitu merujuk polisi penempatan UiTM, pelajar semester akhir dari keluarga berpendapatan bawah RM2,000, pelajar Sabah serta Sarawak dari keluarga berpendapatan bawah RM2,000 dan pelajar semester akhir dari keluarga kategori B40.

“Jawatankuasa Krisis Kolej Kediaman dan Rumah Sewa sedang meneliti dan menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi dengan cara yang terbaik serta berharap kepada semua mahasiswa agar kekal tenang dalam menghadapi situasi sekarang.

“Pihak UiTM akan terus menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa dan tidak akan mengambil mudah dengan sebarang perkara, terutama yang mendatangkan kesulitan kepada mahasiswa serta warganya,” katanya.-Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan