31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Jual jagung rebus, Tengku Nor Atikah raih RM2,000 sehari

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

SIAPA sangka hanya dengan menjual jagung rebus di pantai peranginan mampu meraih pendapatan yang lumayan. Itulah yang dikecapi oleh Tengku Nor Atikah Tengku Nazri.

Wanita ini menjadikan pantai peranginan Balok di Kuantan, Pahang sebagai “tapak” baginya untuk menjual jagung rebus terutama di hujung minggu.

Menurut Tengku Nor Atikah, dia mampu menjual sebanyak 200 bungkus jagung rebus sehari di pantai tersebut dalam tempoh tiga jam dari pukul 4 hingga 7 petang.

Dengan harga RM10 sebungkus, bermakna dia mampu meraih pendapatan sehari sebanyak RM2,000 dan jika dilakukan setiap hari bermakna Tengku Nor Atikah dapat meraih sehingga RM60,000 sebulan.

“Ada beberapa tempat yang saya kunjungi untuk jualan selain Pantai Balok antaranya Pantai Batu Hitam, Pantai Batu 10 dan pantai-pantai lain yang berdekatan.

Tengku Nor Atikah Tengku Nazri berjalan mengelilingi pesisiran pantai dengan bungkusan jualan jagung rebus di Pantai Balok, Kuantan Pahang pada 10 September 2022. Foto : EDISI 9 / MOHD NAIM AZIZ
Tengku Nor Atikah Tengku Nazri mencari pelanggan di Pantai Balok, Kuantan, Pahang. – Foto : EDISI 9 / MOHD NAIM AZIZ

“Saya dah menjual sejak dua tahun lalu. Jual jagung ini mudah untuk orang makan sambil menikmati pemandangan pantai. Lagipun nak jual barang niaga lain dah banyak persaingan,” katanya ketika ditemui Edisi 9 di Pantai Balok, baru-baru ini.

Menurut Tengku Nor Atikah, dia yang lebih gemar mencari pelanggan dengan berjalan-jalan di pesisir pantai berbanding menunggu mereka datang.

Pantai Balok yang merupakan salah satu destinasi pelancong tempatan dan luar negara, kembali menjadi tumpuan setelah dua tahun sepi ekoran pandemik Covid-19. – Edisi 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan