31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Pengasas Al-Ikhsan antara 7 dilantik ahli PPPR SPRM

Turut dilantik Penasihat Sains, Teknologi dan Inovasi Negara, Datuk Dr Asma Ismail dan Ketua Pengarah IKIM, Datuk Dr Azizan Baharuddin.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGASAS rangkaian kedai pakaian sukan terkenal Al-Ikhsan, Ali Hassan Mohd Hassan antara tujuh individu yang dilantik sebagai ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) yang baharu bagi tempoh dua tahun.

Turut dilantik ialah Penasihat Sains, Teknologi dan Inovasi Negara, Datuk Dr Asma Ismail; Timbalan Pengerusi Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia, Datin Yasmin Ahmad Merican dan Penasihat Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod.

Sementara itu, bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Borhan Dolah dilantik semula sebagai pengerusi badan tersebut.

Turut dilantik semula ialah Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Azizan Baharuddin manakala Naib Pengerusi Eksekutif MRCB, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din pula telah dilantik sejak 1 April lalu.

“Kesemua individu terdiri daripada golongan profesional serta pakar dari pelbagai bidang yang diyakini dapat membantu SPRM dalam mencapai matlamat mewujudkan masyarakat yang membenci rasuah di pelbagai sektor.

pppr-sprm
Azam Baki dan Abu Zahar Ujang (tengah) bersama anggota PPPR SPRM yang baharu dilantik iaitu Prof. Dr Azizan Baharuddin (kiri), Borhan Dolah (dua dari kanan) dan Prof Dr. Asma Ismail (kanan). – Sumber: SPRM

“Tempoh pelantikan ahli PPPR lantikan semula dan baharu ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2022 sehingga 30 Jun 2024,” kata SPRM dalam satu kenyataan.

Surat cara pelantikan PPPR itu disampaikan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang di Putrajaya, hari ini. Hadir sama, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Advertisements

Menurut SPRM, antara peranan ahli PPPR ialah menasihati SPRM bagi meningkatkan keberkesanan aktiviti pemeriksaan dan perundingan terhadap amalan, sistem dan tatacara kerja di sektor awam dan swasta yang membuka ruang dan peluang perlakuan jenayah rasuah.

“Selain itu, PPPR berperanan menasihati SPRM bagi meningkatkan keberkesanan aktiviti pendidikan masyarakat ke arah meningkatkan kesedaran tentang jenayah rasuah dan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah.

“Dalam pada itu, PPPR berperanan menasihati SPRM bagi meningkatkan keberkesanan aktiviti pencegahan rasuah melalui mekanisme pengukuhan integriti dalam sektor awam dan sektor swasta.

“Sementara itu, PPPR juga menasihati SPRM tentang amalan-amalan baik dalam bidang-bidang berkaitan dalam pelaksanaan aktiviti perundingan dan pencegahan rasuah,” katanya.

PPPR juga katanya, berperanan membantu SPRM sebagai key communicator dalam meraih sokongan masyarakat, pihak media dan sektor-sektor yang dikenal pasti terhadap usaha-usaha pencegahan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya.

“Selain itu, PPPR berperanan mengemukakan ulasannya tentang perjalanan oleh SPRM akan fungsi perundingan dan pencegahan rasuah di bawah Akta SPRM 2009 kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR),” katanya.

-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan