28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Amaran ribut petir dikeluarkan di empat negeri

Hujan lebat serta angin kencang dijangka melanda Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak sehingga 9 malam ini.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan empat buah negeri.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan berikutan keadaan hujan lebat serta angin kencang di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak hingga 9 malam ini.

“Amaran itu dikenakan di beberapa daerah di Kelantan seperti di Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Sementara di Terengganu pula, daerah terlibat ialah di Besut, Hulu Terengganu, Marang dan Dungun,” katanya.

Tambah kenyataan itu, amaran tersebut turut dikenakan di beberapa daerah di Sarawak iaitu Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

“Sementara di Sabah, amaran ribut petir turut melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Telupid dan Beluran).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan