25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 dijangka tingkat KDNK

Untuk mencapai visi dan objektif DTN, sebanyak 12 strategi dan 31 pelan tindakan dikenal pasti, berlandaskan empat teras strategik dan lima pemboleh daya untuk dilaksanakan bagi jangka pendek, sederhana.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PELAKSANAAN Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 secara holistik dijangka dapat meningkatkan purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM13 bilion setahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan aspirasi itu juga dijangka mampu mewujudkan lebih 207,000 peluang pekerjaan baharu.

Menurutnya, aspirasi khusus yang ditetapkan di bawah Dasar Tenaga Negara (DTN) 2022-2040 akan dapat membantu mencapai aspirasi Pelepasan Gas Rumah Kaca (GHG) Sifar Bersih 2050 bagi menghadapi trend yang berlaku dalam peralihan tenaga dan menangani cabaran perubahan iklim.

“Aspirasi itu mengandungi sembilan sasaran terpilih untuk dicapai pada 2040 antaranya perkongsian mod pengangkutan awam bandar sebanyak 50 peratus, penggunaan kenderaan elektrik (EV) sebanyak 38 peratu, standard bahan api alternatif kenderaan berat dengan campuran bahan api B30, penggunaan gas asli cecair (LNG) sebagai bahan api alternatif pengangkutan marin sebanyak 25 peratus, penjimatan kecekapan tenaga oleh industri dan komersial sebanyak 11 peratus serta kediaman sebanyak 10 peratus.

“Kerajaan yakin DTN berupaya memastikan sektor tenaga negara sentiasa bersedia untuk mendepani cabaran masa depan.

“Malah, sektor tenaga negara bakal membuka lembaran baharu selari di peringkat dunia yang menyaksikan munculnya sektor-sektor baharu seperti mobiliti rendah karbon melalui penggunaan EV serta penjanaan dan penyimpanan sumber tenaga baharu seperti hidrogen dan tenaga berasaskan bio,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Dasar Tenaga Negara 2022-2040 di Hotel Marriot, Putrajaya. 

Dalam pada itu, Ismail Sabri menyatakan untuk mencapai visi dan objektif DTN, sebanyak 12 strategi dan 31 pelan tindakan dikenal pasti, berlandaskan empat teras strategik dan lima pemboleh daya untuk dilaksanakan bagi jangka pendek, sederhana.

Malah menurutnya, selari dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Lima Tahun, Kerajaan bersetuju menubuhkan Majlis Tenaga Negara bagi menerajui hala tuju peringkat tertinggi dalam membuat keputusan strategik berkaitan sektor tenaga, kerana strategi dan pelan tindakan DTN merentasi pelbagai sektor dan pihak berkepentingan.

“Saya akan mempengerusikan Majlis Tenaga Negara ini bagi memastikan inisiatif DTN dilaksanakan secara berkesan oleh kementerian dan agensi bertanggungjawab berdasarkan akauntabiliti dan peranan masing-masing.

“DTN merupakan ‘living document’ yang dikemas kini setiap tiga tahun dengan semakan dan pertimbangan dilakukan MTN, selari dengan kemajuan teknologi, tahap pencapaian sosioekonomi negara dan keseimbangan trilema tenaga semasa.

Menurut beliau, Kerajaan kini menumpukan kepada pembangunan EV dengan menawarkan pelbagai insentif cukai bertujuan menggalakkan aktiviti pemasangan dan pengilangan kenderaan, pengeluaran komponen berkaitan EV serta perkhidmatan teknologi hijau.

“Kerajaan juga telah menubuhkan EV Taskforce yang dianggotai oleh pelbagai pihak untuk memperinci strategi sedia ada berkaitan pembangunan EV dan mempromosi industri EV tempatan.

Dalam hal itu menurut beliau, empat bidang menjadi fokus utama iaitu meningkatkan penggunaan EV, membangunkan infrastruktur pengecasan, membangunkan bakat dan menarik pelaburan selain rangka kerja strategik dikenal pasti bagi menyokong pertumbuhan industri EV tempatan.

“Sehingga kini, lebih 600 buah kemudahan pengecas EV telah dipasang di seluruh negara dan ditingkatkan lagi melalui inisiatif syarikat seperti TNB dan PETRONAS dengan memeterai jaringan kerjasama dengan pihak berkaitan.

Menurut beliau, bagi memacu pembangunan hidrogen, Kerajaan sedang memuktamadkan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen, meliputi penggalakkan penyertaan pemain industri, R&D termaju yang berorientasikan pasaran serta penggunaan produk dan teknologi berkaitan hidrogen.

“Kerajaan juga telah mengagih semula kuota Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebanyak 1,200 megawat bagi memacu penjanaan hidrogen hijau.

“Pada masa ini, Petronas juga sedang bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang hidrogen bagi penjanaan sumber ekonomi baharu.

-EDISI9 

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan