32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Maritim Malaysia tahan bot pancing beroperasi tanpa lesen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Maritim Negeri Selangor telah menahan sebuah bot pancing tiada nombor pendaftaran yang beroperasi tanpa lesen di Perairan Selangor.

Penahanan itu dibuat pada kedudukan 4.7 batu nautika barat daya Kuala Selangor, kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, bot pancing tersebut ditahan ketika pasukan operasi Maritim Malaysia sedang melaksanakan Op Ehsan dan Op Benteng Laut.

“Hasil Pemeriksaan mendapati, bot pancing dikendalikan lima kru termasuk tekong warga tempatan berusia antara 40 hingga 57 tahun.

“Bot, tekong dan kru dibawa ke Jeti Polis Marin Pelabuhan Klang Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Katanya, kes berkenaan akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO) kerana beroperasi tanpa lesen bot yang sah dan tekong tiada sijil perakuan kekompentenan membawa bot daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Ujar beliau, Maritim Malaysia mengingatkan pemilik dan tekong bot supaya mematuhi undang-undang di laut dengan memastikan bot memiliki lesen dan berdaftar dengan pihak berkuasa.

“Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk tindakan segera,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Malaysia kecewa kuasa veto diguna halang Palestin anggotai PBB

MALAYSIA menyuarakan rasa bimbang dengan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan