34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

MPN sifatkan kenyataan Tommy Thomas sangat rasis

Turut memberi amaran keras kepada Tommy Thomas untuk tidak menangguk diair keruh serta memporak perandakan kesepaduan antara kaum di negara ini

Mesti Baca

MAJLIS Profesor Negara (MPN) menyifatkan kenyataan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, yang menyebut kerajaan dominasi Melayu di Malaysia yang menunjukkan prestasi amat buruk dalam pentadbiran adalah sangat rasis.

Presiden MPN, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, kenyataan seumpama itu amat tidak bertanggungjawab dan boleh merosakkan perpaduan antara kaum yang telah dibina selama ini.

“MPN memberi amaran keras kepada Tommy Thomas untuk tidak menangguk diair keruh serta memporak-perandakan kesepaduan antara kaum di negara tercinta ini dengan membuat kenvataan-kenvataan berbaur hasutan dan rasis.

“Mengaitkan kerajaan pada hari ini sebagai kerajaan dominasi sesuatu kaum amat sangat tidak tepat kerana kerajaan ini didokong oleh semua kaum (MCA, MIC) termasuk parti-parti pelbagai kaum daripada Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikut kenyataan penuh Prof Raduan berhubung isu tersebut:

Kenyataan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas, yang menyebut kerajaan dominasi Melayu di Malaysia yang menunjukkan prestasi amat buruk dalam pentadbiran adalah bersifat sangat rasis.

Majlis Profesor Negara (MPN) berpendapatan kenyataan seumpama ini amat tidak bertanggungjawab dan boleh merosakkan perpaduan antara kaum yang telah dibina selama ini.

PROF RADUAN CHE ROSE

Umum menyedari bahawa negara kita Bersama negara-negara lain didunia sedang bertarung dengan cabaran Covid-19 serta kesannya terhadap ekonomi dan kelangsungan hidup rakyat.

Negara mula menyaksikan pertumbuhan GDP bagi suku kedua tahun 2022 iaitu sebanyak 8.9 peratus (tertinggi di Asia Tenggara) yang merupakan petunjuk jelas tentang prestasi kerajaan sekarang dalam memulihkan ekonomi pasca Covid 19.

Ini menunjukkan polisi yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membina semula keyakinan pelabur tempatan dan luar negara bagi memulihkan ekonomi berada di landasan yang betul.

Di samping itu, Malaysia disenaraikan tempat ketiga oleh Global Business Service (CBS) selepas India dan China dari segi khidmat perniagaan global.

Data ini dikeluarkan oleh Konsultansi Global Kearney bagi setiap dua tahun menunjukkan kepercayaan dunia kepada Khidmat perniagaan global.

Advertisements

Selain itu banyak petanda lain yang menunjukkan proses pemulihan yang positif dan kembali kepada potensi sebenar negara yang tekad membangunkan negara serta membela nasib rakyat.

MPN memberi amaran keras kepada Tommy Thomas untuk tidak menangguk diair keruh serta memporak perandakan kesepaduan antara kaum di negara tercinta ini dengan membuat kenvataan-kenvataan berbaur hasutan dan rasis.

Mengaitkan kerajaan pada hari ini sebagai kerajaan dominasi sesuatu kaum amat sangat tidak tepat kerana kerajaan ini didokong oleh semua kaum (MCA, MIC) termasuk parti-parti pelbagai kaum daripada Sabah dan Sarawak.

Rakyat negara ini yang baru sahaja menyambut ulang tahun penubuhan Malavsia merasa amat terguris dengan kenyataan politik bersifat rasis seumpama ini.

Perpaduan adalah aset masyarakat yang sangat bernilai dalam kita mengatur kehidupan bernegara demi kelangsungan dan kesejahteraan generasi kini dan masa hadapan.

Sikap rasis seperti yang ditunjukkan oleh Tommy Thomas atau sesiapa jua harus dibantah oleh semua pihak yang cintakan kedamaian, keamanan dan kemanusiaan yang telah berjaya kita semai dan pupuk selama ini.

Sesungguhnya keamanan dan perpaduan yang ada dalam kalangan masyarakat negara ini adalah ibarat udara segar yang dihirup tapa sedar, dan janganlah hendaknya ada mana-mana pihak yang mencemarkannya yang tentu akan membawa kemudharatan kepada semua.

Dalam satu forum di Kuala Lumpur, Tommy menyelar dua pentadbiran kerajaan selepas Pakatan Harapan (PH) yang tumbang pada 2020, menunjukkan kegagalan kerajaan yang didominasi etnik Melayu.

MalaysiaNow melaporkan, bekas Peguam Negara itu berkata, kerajaan yang mentadbir negara ketika ini menggambarkan konsep “ketuanan Melayu”.

“Dalam tempoh dua tahun setengah, anda ada Kabinet yang didominasi oleh orang Melayu.

“Selepas dua tahun setengah itu, anda ada persoalan penting untuk diutarakan: Adakah kerajaan Melayu lebih efisien dan lebih baik?

“Biar betul! Mereka buat kerja yang begitu buruk dalam pentadbiran,” kata Thomas kepada kira-kira seratus hadirin di forum “Dark Forces Towards GE15” yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSCAH) pada Sabtu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan